18 February 2015

Trans Borneo 4 Brunei - Labuan



Misi hari ini : meninggalkan Bandar Seri Begawan secepat mungkin.
Hampir jatuh muflis dahne weyyy haha


Day 3, Wednesday 17 September 2014
Brunei - Labuan




Pukul 7.30 pagi aku check out daripada hostel.


Aku akan menggunakan feri ke Labuan melalui Terminal Feri Penumpang Serasa.

Daripada pusat bandar kena naik bas mini No 37, 38, atau 39 untuk ke pekan Muara. Kemudian, daripada stesen bas Muara perlu bertukar bas No 33 untuk ke Terminal Feri.

Pusat Bandar - Pekan Muara - Terminal Feri Serasa




Suasana waktu pagi di depan Tamu Kianggeh. Depan ni ada bus stop. Mula mula aku tunggu dekat sini, lama jugakla. Tapi bas yang ditunggu tunggu tak kunjung tiba. Bas lain ade la. Aku tanya seorang pakcik ni rupanya kena pergi terus dekat stesen bas. Stesen bas dia seberang jalan ni je tapi agak tersorok ke dalam. Dah sampai stesen bas, kena tunggu lagi. Bas tak ada. Sempat beli mee goreng murah makan ape benda semua haha. 


Bila bas sampai aku terus naik. Masa perjalanan tak ingatlah berapa lama tapi aku tertidur dalam bas. Sedar sedar je dah sampai pekan Muara. 




Perhentian Bas Pekan Muara

Dekat sini, aku tunggu bas No 33. Tak payah beli tiket baru ok, tunjuk je tiket bas tadi. Dan sila bagitahu driver bas nak berhenti dekat Terminal Feri.

Perjalanan ke terminal feri mengambil masa selama 5 minit. Sampai je terminal aku rasa semacam. Kenapa sunyi sepi? Takde manusia? Takde kereta dekat parking? Kenapa macam lonely sangat terminal ni... Aku dah salah tempat ke? 




Terminal feri yang nampak sunyi dan menakutkan.

Rupa rupanya...... feri ke Labuan baru je berlepas pukul 9.30 pagi!!!

Hamsap sungguh. 

Waktu aku sampai tu betul betul pukul 9.30. Aku tanya pegawai dekat situ, boleh naik lagi tak? Dia kata gate semua dah tutup dik. Next trip pukul 1 tengah hari dan kaunter tiket bukak pukul 11.30 pagi. Aduiii... patutla lonely lain macam. Sabar jelah!

Awal awal bila aku google dalam internet memang tak jumpa exact time bagi feri ni. Maklumat tak cukup. Kalaulah aku tahu timing dia, memang pukul 6.30 aku dah check out dari hostel. Tapi tadi pun aku rasa dah awal, cuma sebab ambil masa yang terlalu lama untuk tunggu bas. Takpelah. 

Things happened.




Aku takmau orang lain pun termiss feri sebab tak cukup maklumat. 
Jadual perjalanan feri dari Terminal Feri Serasa ke Labuan :

8.00 pagi
9.00 pagi
9.30 pagi
1.00 t/hari
4.40 petang




Ada 5 kali trip feri ke Labuan dan penumpang kena berada di terminal sekurang-kurangnya sejam sebelum masa feri berlepas ya. Sebab akan ada immigration  dan security check. Sebab nak keluar Brunei dan masuk ke Malaysia. Macam mana lah aku boleh lupa semua tuh. Aku ingat sampai je terus boleh naik feri hahaha. 




Bergelandanganlah aku dekat situ. Baring dekat kerusi. Takde orang pun. Aku penat main ke hulu ke hilir angkat backpack tadi huhuhu.




Pukul 1040 pagi macamtu, aku makan di kantin yang terdapat di situ. Perut kosong karang naik feri, karang pening pulak. Ambik nasi sikit dengan sambal telur. Air kopi. Semua berjumlah $2.50. Padahal dekat stesen bas tadi dah makan mee. Ni makan lagi. Opps. 




Kaunter tiket dibuka pukul 11.30 pagi dan aku adalah pelanggan pertama. Harga tiket feri sebanyak $17 (termasuk $2 tax). Pukul 12.30 tengah hari baru boleh masuk ke departure hall ye. 




Lepas beli tiket $17, duit dollar aku ada baki lagi $11.90. Kalau convert ke Ringgit nanti mesti aku kaya raya LOL.




Lepas imigresen dan security. Terus ke feri. 




Tu dia dah boleh nampak feri.




Sama je dengan feri nak pegi Langkawi. Tak penuh pun. 




Perjalanan dengan feri memakan masa sejam setengah. Feri berlabuh di Terminal Feri Labuan jam 2.30 petang. Alhamdulillah selamat sampai...


Aku akan bermalam di Labuan malam ni. Tapi hotel belum book. 

Hmm what comes next?




3 comments:

cEro said...

Aku plak jadi eksaited tertunggu2 next cerita bermalam dkat Labuan...
Dramatik sungguh...hehehe

Ridzuan said...

kalau feri dari muara ke labuan pukul 1ptg dan "masa masuk penumpang" pukul 12.30pm.. adakah maksud "masa masuk penumpang" tu "boarding time"? atau masa masuk penumpang untuk melalui proses pemeriksaan imigeresen dan security check n kemudian terus ke feri? saya plan april nanti ke brunei.. plan ke labuan naik feri akhir pukul 4.40ptg..risau plak kalau terlambat sampai jeti pkl 4ptg..

Unknown said...

Actually kalau 1 to 1 duit tu mmg brunei ni gila murah huhu... saya dulu 2018 aug 31 di lamar oleh syarikat dari brunei dan di terbangkan waktu org sibuk sambut merdeka... time tu gaji kat malaysia sbg jurutera hanya RM5k saja... lepas bayar commitment di malaysia dal tgl Rm2k... so mau tak mau kena jual motor kesayangan lc135 dpt la 4k bila convert brunei dlm $2k ingat kalau kat malaysia dgn 2k belum sampai hujung bln dah kondem ni dgn 2k... sekali bila sampai hahaha murah gila... convert mmg rasa nak menyumpah.. bila x convert ok ja hahaha... sekarang ni 2020 jan 06 terasa nak balik malaysia kerja pula tp company brunei x bg dorang lawan gaji yg company malaysia bg... so mmg kalau convert mmg boleh beli GTR ni letak kat KL 🤣.

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE