Assalamualaikum…
Lamanya tak update blog. Rindu. Dulu masa belajar di
universiti, segala benda nak cerita dekat blog. Tapi itu masa dulu… Masa
sekarang? Kirim salam! Aku tak ada masa nak blogging beriya. Blog pasal travel
je, simpan untuk kenangan & rujukan. Itupun ambik masa nak siapkan satu
satu. Masa banyak dihabiskan dengan hal sekolah. Pukul 10 dah lena di katil
empuk. Tidak kurang juga sakit belakang, urat dan sendi yang menyerang tanpa
amaran.
Sekian intro.
Hujung bulan Mei lepas aku ke Bali, Indonesia. Bali tak pernah termasuk dalam destinasi impian aku jujurnya. Tapi sebab ada kawan yang menyogok aku dengan tiket KL – Bali return semurah RM148 (yes, RETURN) maka aku jadi lemah longlai dan sedar sedar dah berada dalam flight Malindo ke Bali……
Trip ni masih mengekalkan tema backpacking (self-explore) tapi tak tough sangat. Sendu sendu je, seringat aku tak ada naik public transport pun (bas/tren) sebab tu macam kureng kot. Aku pergi berdua dan sepanjang trip ni kitorang naik kereta atau teksi siap sahaja.
Sampai di Denpasar Airport, kitorang naik teksi ke hotel yang telah di tempah awal melalui booking.com. Harga teksi rp70.000 dan dibayar menggunakan kupon. Ia adalah fixed price berdasarkan lokasi korang nak tuju, so tak perlu risau kena scam ke apa.
HOME 36@CONDOTEL, KUTA
Kami stay dekat sini. Harga bilik RM116 per night untuk
standard twin room.
Pro; lokasi cun iaitu betul betul di pesisir Kuta Beach. Dekat
dengan kedai kedai yang hidup pada waktu malam (sebenarnya hotel ni satu
bangunan dengan Discovery Kuta Mall). Dekat dengan Money Changers & Kuta
Art Market. Wifi OK.
Kons; standard room tak ada tingkap so tak boleh tengok pantai
pun. Elemen Bali tak nampak sangat dalam decoration dia, lebih kepada funky
fusion gitu.
Bila sampai hotel, kitorang tanya staff dekat mana boleh
dapat driver untuk bawa jalan jalan. Kebetulan dia ada kenalan supir, so lepas
tawar menawar dapat harga rp800.000 untuk perkhidmatan supir sepanjang dua hari
(half day + 1 full day) berdasarkan tempat tempat yang kitorang nak lawati.
Lepas mandi dan solat jama’ kitorang keluar ke lobi. Pak Supirnya dah menunggu.
Pak Supir kitorang namanya Pak Wayan, agama Hindu dan sangat peramah orangnya.
Itinerary First Day:
Pandawa
Beach, Uluwatu Temple & Jimbaran Beach (Dinner)
Rp350.000
(6 hours)
Daripada hotel kami dibawa ke Pandawa Beach, mengambil masa
kira-kira 30 minit. Sebenarnya kitorang tak tahu pun pasal tempat ini tapi
disebabkan ia berada di tengah jalan ke Uluwatu maka singgah sahajalah.
Yang istimewa tentang Pandawa Beach adalah bukit berbatu di kiri kanan jalan masuknya. Di bahagian yang menghadap laut, bukit berbatu ini dikorek bentuk empat segi dan di dalamnya didirikan patung-patung Hindu yang aku agak dalam 10-12 kaki.
Ada macam macam aktiviti boleh dibuat di Pandawa Beach ni. Kayak, Parasailing, Banana Boat, nak mandi manda dan berpiknik sahaja pun boleh. Tapi… daripada apa yang aku perhatikan, local tourist (mungkin daripada tanah Jawa) cukup ramai di sini.
Macam Pantai Chenang di Langkawi atau Pantai Batu Buruk di Terengganu.
Daripada Pandawa Beach terus ke Uluwatu. Perjalanan aku rasa ambik masa dalam 40 minit,
Uluwatu merupakan kawasan tebing tinggi di tepi laut. Pemandangan sangat cantik dan antara tempat wajib singgah sekiranya berkunjung ke Bali.
Sebaik
sahaja sampai nampak pemandangan laut daripada tebing, aduhhh cantiknya!
Uluwatu Temple
Entrance: Rp30.000
Tempat berjalan dia ni macam tembok besar china kalau tengok, naik turun naik turun. Setiap sudut pun nak berhenti ambik gambar pemandangan.
Sebenarnya boleh jalan from one end to another. Tapi kitorang start dari tengah dan terus mendaki ke kawasan temple di atas tebing.
Tebing ni berpagar batu. Tapi, ada satu kawasan yang
membolehkan korang keluar untuk ambik gambar macamni. Jangan terjerumus ke
bawah lembah sudahla... Yang seronoknya, Pak Wayan supir kitorang tu bagus.
Kejap kejap dia offer, “mau foto?” MASALAHNYA
FOTO YANG DIA AMBIK TU SMART GILA! Kadang kadang dia ambik gambar candid.
Macam, eh bagusla pak supir kitorang ne! Sangat recommended. Nanti aku share
contact number dia ok!
Sebenarnya boleh jalan from one end to another. Tapi
kitorang start dari tengah dan terus mendaki ke kawasan temple di atas tebing.
Kebetulan masa kami sampai di perkarangan temple, ada orang
tempatan beragama Hindu yang datang untuk sembahyang. Mereka berpakaian serba
putih. Sekali tengok macam pak pak lebai dekat kampung kita tapi jangan tertukar
ye! Hehe.
Majoriti 90% penduduk di Bali beragama Hindu. Tapi tak susah
nak cari makanan halal dekat sini insyaallah sebab ramai pelancong muslim dari
Tanah Jawa yang datang.
Ok, ini Pak Wayan supir kitorang.
Sangat recommended sebab servis bagus (InsyaaAllah). Peramah
(suka bercerita pasal sejarah & budaya Bali), suka ambik gambar kitorang
dan baik sangat. Macam ayah ayah gitu. Kalau korang nak ke bali dan perlukan
supir, mungkin boleh contact Pak Wayan ni:
Wayan Sukada (Tour
Driver)
+62 811 386 818
+62 8786 247 0071
Aku share bukan sebab dapat komisyen ke ape kah kah. Tapi
sebab puas hati dengan service dia. Kalau kita rasa ok, mesti kita akan recommend.
Menunggu matahari terbenam bersama sama pengunjung lain.
Kalau ada kelapangan, boleh tengok Kecak Kecak Dance. (OK nampak tak manusia ramai dekat tempat yang macam mini stadium tu? Show diadakan di situ, tapi berbayar lah) Kecak Kecak Dance ni dipersembahkan oleh kaum lelaki Bali, macam persembahan semangat gittuw dan dibuat semasa matahari terbenam. Kitorang tak pegi sebab takut lewat pulak.
Akhirnya,
matahari melabuhkan tirai. Dalam pukul
6++
Monyet agak banyak dekat sini, ibu bapak adik makcik pakcik
semua kaum kerabat monyet ada. Kena hati hati. Mereka tak serang manusia, tapi
kalau pakai spek atau makanan dalam plastic memang dia akan panjat dan curi.
Ada sorang budak lelaki 4-5 tahun dah kena, kesian. Komfem trauma takutkan
beruk seumur hidup.
Dari Uluwatu kami bergerak ke Jimbaran Beach.
Nak candle light dinner katanya… krik krik (bersambung)
1 comment:
Wow! Bali!
Menarik ni. Kena masuk dalam list ni :)
Post a Comment