22 December 2014

Vietnam Day 5 Hoi An (Lantern Night)






Lanterns berwarna warni yang menjadi igauan...


Pukul 5.35 petang lepas selesai Maghrib aku turun ke lobi semula dan request basikal No 21 dengan receptionist. Basikal yang sama aku bawak tadi. Dah selesa dengan basikal tu sebab dia punya pelana elok elok dengan ketinggian aku. hehehehe

Daripada hotel mengambil masa 5 minit untuk sampai ke Old Town. Tak menakutkan pun, ok je sebab masih awal lagipun ramai tourist yang cycling. Dah masuk area Old Town tu penuh dengan manusia.




Aku terus melintas jambatan dan parking dekat tempat biasa. Ceh. Parking
Macam bawak BMW je haha.




 Aku macam dah nampak lantern nye... Serbuuuuuu!




Apa yang aku boleh kata, tempat ni sangat magical... 

Lanterns pelbagai warna dan bentuk ada di mana-mana. Kalau di negara kita, lanterns boleh dilihat semasa Tahun Baru Cina sahaja, itupun takde lah banyak macam dekat sini.




Orang pulak ramai, semua nak bergambar depan lanterns ni. Macam macam pesen dan gaya posing diorang ni semua. Siap ada yang datang buat dokumentari ke ape aku tak tahu la tapi diorang guna video cam yang besar tu dengan tripod nye pun besar. Nampak macam Japanese... Aku pun buat buat la lalu depan cam tu dua tiga kali mana lah tahu muka aku masuk tibi kat Jepun nanti haha gila. Padahal diorang tak ON pun video cam tu. 




Kalaula boleh bawak balik benda ni gantung dalam bilik aku kan best. Mesti boleh feeling feeling romantik tapi... Aint no bag got space for that!!!




Cafe cafe sepanjang waterfront yang penuh bercahaya. 




Cosy




Tapi dalam banyak banyak kedai, yang paling cantik deco dia aku rasa yang ni. Restoran yang aku minum kopi tadi. Kedai lain lanterns diorang satu atau dua color je tapi lanterns kedai ni macam macam color.




Comel kan. Imagine having these in your room. 




Japanese Bridge waktu malam.




Aku tinggalkan terus basikal dekat tepi jambatan tadi dan jalan kaki je sekitar Old Town. Susah dol nak cycling sebab pejalan kaki ramai, asyik nak terlanggar je. Nanti nak balik hotel karang baru aku gi ambik basikal balik. Lagipun lagi senang nak ambik gambar dengan berjalan kaki.




Haaa yang ni pun cantik. Dekat Hoi An paling banyak aku snap gambar, sebab every part of this town is art pieces! 




Lanterns yang digantung di pokok pokok tepi sungai.




Dekat tepi sungai tu pulak ada makcik dan budak budak yang jual lantern dalam bakul kertas. 




Lantern dalam kertas tu akan dilepaskan ke dalam sungai menggunakan satu batang buluh. Tak tahulah aku apa simboliknye. Tapi masa ni takde lah banyak sangat yang dilepaskan. Kalau ada kesempatan korang boleh datang masa Full Moon Lantern Festival, lagi meriah. Aku duk bayang macam dalam scene cerita Rapunzel tu. Ingat tak masa Rapunzel dengan lelaki tu duduk dalam perahu lepastu ada banyak lantern dilepaskan ke udara? Waaaa. 




Ni budak lelaki kembar dua orang. Masa aku duduk ambik gambar diorang ni, diorang tengah membebel ape la dekat sekumpulan tourist local. Comel.




Walaupun dah malam tapi rasa selamat je nak berjalan ke nak bawak kamera ke dekat sini. Aku rasa waktu malam lagi ramai pengujung berbanding waktu siang tadi...




Night mode. 




Lanterns merata rata... Penat dah ambik gambar. Nak ambik gambar apa lagi pun tak tahu dah.




Setiap kedai ada kreativiti tersendiri untuk menarik pelanggan.




Banyak anjing dekat sini. Pelbagai bentuk, muka dan gaya tapi nasib baik depa jenis yang tak kejar orang. Nasib baik la. Aku ni dahla daripada azali trauma dengan anjing. 




Akhirnya agak agak dah puas meneroka setiap ceruk, aku pegi ambik basikal yang aku park sebelah jambatan tadi. Sebelum balik jalan dekat kedai-kedai lanterns tu buat kali terakhir. Ambik gambar lagi satu round haha.




Left nothing but footprint. Take nothing but pictures. 




Alhamdulillah selamat sampai hotel pukul 7.30 malam, aku pergi ke restoran dan tapau nasi putih kosong dengan roti. 


Sampai bilik tu lapar gile. Hari ni aku makan kopi ais dengan pancake je. Nampak gaya macam kena bukak stok makanan yang seterusnya iaitu... (drumrolls) SAMBAL BILIS DALAM TIN! *buat ombak dari kiri ke kanan. 


Masuk bilik air, bukak paip sinki, penuhkan air mendidih lepastu rendam tin dalam tuh. My very last tinned food, my precious gem. 




Dah siap pun makan malam aku. Tadaaaaa! Special tak? Hahaha. Dua gelas kopi O, nasik putih dan roti dimakan dengan sambal ikan bilis. Tapi roti sini tak sedap. Tak boleh lawan roti dekat Hanoi jugak. Huhuhu. 


Selamat Malam Hoi An...




21 December 2014

Vietnam Day 5 Hoi An (Old Town)




Rasa macam panjang je entri Hoi An ni. Hal naik angin dengan makcik Rosnah bas kuning dah berjela jela... jadi terpaksa pecah kepada 2 (atau 3) entri. Takpe lah aku pun tengah bercuti panjang sekarang takde aktiviti pun. Dekat rumah aku hujan tak berhenti henti tak boleh ke mana  jugak. 



Magnet yang dijual di Hoi An. Macam real je kan?




Ni dalam perjalanan ke Old Town Hoi An. Belum masuk kawasan Old Town lagi. Kawasan Old Town adalah satu guarded area di mana sebarang jenis kenderaan motosikal kereta semua tidak dibenarkan masuk. Cuma beca, basikal dan berjalan kaki sahaja dibenarkan. Best tak?




Old Town Street




Yang ini betul betul dekat waterfront. Bangunan tu adalah cafe cafe dan kedai yang menjual cenderamata.




Dalam perahu tu nampak tak ada orang duduk rileks tu bukan mengenang nasib diri tapi menunggu pelanggan , dia akan bawak orang bersiar siar menyelusuri sungai tu menggunakan perahu dengan sedikit bayaran. Lupa pulak nak tanya.




Bangunan bangunan di seberang sungai.




Menyeberang jambatan untuk ke seberang sana pulak usya ada yang menarik. 




Seberang sungai tu ada deretan deretan cafe. Dan ada banyak kedai kedai menjual tanglung yang bewarna warni ni. Semua handmade. Hoi An juga dikenali dengan Lantern Town sebab malam malam satu bandar bercahaya dengan tanglung-tanglung ni. Tak sabarnyeeee tunggu malam!




Japanese Bridge

Dekat Hoi An Old Town ada 15 attractions yang berupa landmarks, museums, old houses, congregation halls dan performances. Tapi nak masuk/tengok attractions ni semua bertiket , boleh beli tiket tu dengan harga 120.000 dong ($USD6) untuk mana-mana 5 attractions, pilih la yang mana... Attractions ni scattered dalam Old Town, pandai pandai lah mencari. 


Mula mula aku memang berniat nak masuk attractions ni semua. Dah siap pilih dah yang mana aku nak tengok. Skali dah keadaan duit yang bercatu catu ni aku cancel beli tiket haha. Usya sekeliling Old Town ni pun dah cukup bagus. Japanese Bridge ni salah satu daripada attraction nye. Kalau takde tiket boleh ambik gambar macamni jelah. Kalau ada tiket boleh menyeberang jambatan tu...




Stailo kan beg beg ne




Aku berbasikal dalam Old Town. Aku rasa kalau nak ambik gambar, lagi senang berjalan kaki. Eh payahla naik basikal sekejap sekejap nak kena berhenti ambik gambar. Takpe, cycling dulu check kawasan. Lepasni parking mana-mana dan jalan kaki pulak. 




Kedai menjual barang barang art sangatla banyak. Tengah mengayuh tu aku ternampak sesuatu... jeng jeng jeng pakwe kah? 


MONEY CHANGER!!!


Masihkah ada sinar harapan untuk diriku?? Bagi salam sikit , dan tanya kakak dekat situ. Can I change Malaysian Ringgit? Dia angguk bersahaja. Hah? boleh ker??? Hurey! Aku keluarkan RM200 dan terus tukar , dapat 1,100.000 dong. Mahal sikit rate dia tapi takpelah janji ada cash. Yey aku dah jadi wanita kaya baru! Wuhuuu! Terus buat keputusan untuk pergi minum kopi dekat cafe seberang sungai tadi. Kayuh basikal laju laju... Hehehe. 




Dalam banyak banyak cafe aku tertarik untuk masuk ke Enjoy Restaurant. Sebab dia nampak macam comel comel dan menu utama nya ialah aiskrim. 




Pelbagai jenis aiskrim. Harga ikut timbang. Macam best tapi tak berani nak beli. 




Ada sudut bergambar, ni semua untuk dijual.




Aku naik tingkat atas duduk dekat beranda. Konon konon nak privacy, nak melayan perasaan hihihi.




Guna topi tudung saji sebagai deco. Menarik. Cosy je.




Haaa bercahaya tak mata aku? Ada shining shining tak dekat keliling kepala? Haha gembira sungguh sungguh dapat tukar duit. Order pancake dengan sos coklat dan kopi ais Vietnam. Total 65.000 dong. Ni yang tolong ambikkan gambar ialah monopod. Yang atas meja tu bukan tudung saji tapi topi yang aku pakai. 


Lepas keluar daripada restoran... bila aku berjalan ke arah basikal aku, aku terdengar suara perempuan menjerit jerit. Miss! Miss! Your hat! Your hat! Ada sorang waiter yang ambik order aku tadi panggil untuk bagi balik topi tudung saji. Waaa bersyukurnya! Cik Nurul macam mana la kau boleh tertinggal benda yang paling penting ni haaa? Nasib baik la...

[Faith in humanity : RESTORED]




Kemudian aku parking basikal dekat jambatan (paling senang nak cari balik, komfem jumpa punya) dan berjalan kaki... Dekat Old Town aku pegang kamera dekat tangan je, rasa selamat sebab mostly pelancong, very friendly surrounding dan takde motosikal. Jadi anggapan ku takdelah kes ragut bermotosikal yang macam Wan Maimunah selalu kena dalam tibi tu. 




Makcik makcik vogue bertopi tudung saji. 




Obses sangat aku dengan basikal bila usya balik gambar gambar yang aku ambik kebanyakannya gambar basikal. 




Berjalan kaki di Hoi An membuatkan kita merasa seperti berada 30 tahun ke belakang.




Tengah aku berjalan tu ternampak sorang makcik menjual poskad. Aku pun singgah la, hajat di hati nak beli sekeping untuk diri sendiri jadikan tanda kenang kenangan dari Hoi An. 

Tanya harga... how much? One postcard and stamp.

30.000 dong

Eh. Amboi mahalnya. Kedai mahal dekat Hanoi tu pun jual 20.000 je. Aku mintak kurang dia tak bagi. Lepastu aku tanya boleh tak kalau nak 50.000 dong 2 keping??? Dia kata takboleh! Dahtu kena halau. YOU GO! YOU GO! Sambil tangan dia diangkat angkat tanda menghalau. Aaaaa sampai hati! 




Apa yang aku perasan, peniaga dekat Hoi An ni tak melayan sangat. Even tawar bersungguh pun dia tak kurang banyak sangat harga , agaknya sebab terlampau ramai pelancong yang datang hari hari.  dan lagi satu entahla aku rasa macam tak friendly jer...




Basikal lagi! 




Kedai menjahit baju sut lelaki. Katanya dalam trip advisor, upah menjahit sut dekat sini agak murah dan boleh disiapkan dalam masa sehari. 




Signage menunjukkan sempadan dan had bagi kenderaan bermotor. Dalam pukul 4 petang aku dan mengayuh balik ke hotel.


 Dalam perjalanan singgah disebuah kedai menjual telefon simcard topup ape semua. Aku cari 3-pin soket adapter untuk charge fon, dan memang ada dijual. Bila aku tanya harga dia cakap 40.000 dong ($USD2 = RM7). Aku perasan mula mula mulut dia macam nak sebut lain, lepastu dia cakap lain. Oooo nak up harga ye? Aku takkan benarkan diri ku di scam! Mintak kurang takbagi. Geram. Dahla adapter tu nampak cam plastik biasa yang tak berkualiti je... Ingat aku desperate sangat ke? Takpe cari tempat lain. 

[Faith in humanity : LOST HOPE]


Tak lama lepastu ternampak kedai elektrik. Berhentikan basikal, masuk dalam dan ada seorang perempuan muda di kaunter. Aku bagitau nak 3 pin adapter lepastu dia macam tak paham jee... aku keluarkan charger fon aku. Haa nak adapter 3 pin macamni ade tak? Perempuan tu pergi kelebet kelebet sekejap dan dia bawak keluar apa yang aku nak. Tanya harga, dia tunjukkan nombor yang tercatit pada kotak pin tu. 20.000 dong. Waaaa perempuan jujur! Bagusnye! Terus aku bayar. Nasib baik tak beli dengan kedai scam tadi. Ingat nye, penjahat takkan menang di dalam dunia ini! 

[Faith in humanity : RESTORED BALIK]


Pukul 4.15 petang dah sampai hotel. Balik baring, mandi, tengok Fashion TV hik hik tunggu solat Maghrib lepastu aku nak keluar cycling ke Old Town. Nak tengok lanterns. Eh. Cycling malam malam? Tak bahaya ke? Erkkk!






Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE