08 June 2010

Lady Gagak Gilakkk

sehari dua ni dok layan lagu Lady Gaga Telephone, cis melalaikan betul. lepastu aku bukak youtube cari dia punye music video. Baru seminit dua tengook WOH WOH amik kau, kelucahan! kelucahan! HAHA. menggelabah aku off tab. manelah aku tau, sebelum ni aku tapenah layan pun Lady Gaga. video dia macam syial je, sangat tidak sesuai untuk budak-budak bawah umur macam aku OK KORANG JANGAN GATAI-GATAI PEGI SEARCH !!! duduk diam-diam sudah!


tengok, masa muda dia kelihatan sangat innocent kan? 





kecil begini dah pandai hendak tarik muka sebelas, bila jadi artis seksok pasti hendak tarik muka banyak belas, mengarah itu ini





kalau ye pun nak prevent H1N1 takpayah la bungkus dengan bijik-bijik mata kau skali. tutup mulut kau tu sudah. doktor klinik mana yang ajor kau buat macam ni HAH?





ni pun satu lagi pesen nak balut-balut palotak. dah macam malaun aku tengok. 





pergi audition untuk kerja sarkis macam ni, kau tak bawak resume pun takpe. KOMFEM DAPAT PUNYE AH.





aku ingatkan eskimo mana pulak sesat tadi. eh eh kau rupenye?





sebelum apa-apa terjadi baik korang jangan masuk dekat dengan dia nih. kau nampak mende tajam yang dia pegang tuh? ape fungsi aku taktau. nak kata dompet dia takbleh nakletak IC pun? sekali tercucuk bijik mata korang... terus gelap masa depan. 





sepanjang masa hendak jadikan diri sendiri sebagai bahan gelak orang ramai 
-_-"





yang perempuan kalau hendak berjumpa bakal emak mentua jangan pakai begini. terus kau kena reject.





yang lelaki bila bakal isteri kau tunjukkan simptom-simptom macam ni kau patut tahu apa yang kau kena buat. senang. samada kau suruh dia blah atau kau sendiri yang berambus dulu.





KEGILAAN APEKAH INI???





ilangsir dekat rumah pun boleh rembat buat baju sendiri. lepastu kesian, tak perasan pulak rupanya langsir tu jenis transparent terus boleh nampak kau punye spender yang sama kaler T_T





ai... lepas kena marah tahu pula hendak menutup aurat? lepastu buat gaya orang-orang dekat sawah padi. kau merajuk dengan aku ke Gaga? janganla emo-emo...





gila kan? kalau pakai macam ni kau kata normal aku taktau nak cakap apa. tapi gila-gila dia pun, suara sedap. malah boleh hafal lirik dan self esteem tinggi pula di hadapan orang ramai? hmm... ada gosip kata si Gagak ni hermaphrodite. tapi taktau la sahih ke tidak. kau tau tak hermaphrodite tu ape? kalau ikut ilmu Biologi aku yang serba cetek nih, hermaphrodite tu kira macam Spongebob la. alah yang gitu-gitu tu. *buat gaya macam Apek* 





kalau kau macam ni je kan lawa. mesti ramai pemuda masuk minang kau. tapi kau sendiri hendak pilih jalan aneh, aku nak buat cane? 


lalalalala~
*bersiul*


16 comments:

bunga said...

HAHA. memang gila dia punya pesen. tak paham aku

I n n z said...

gaga mmg berpesen pelik.
haih ~

little cart00n said...

sumpah gelak guling2 tgk gmbar gaga n caution ko..hahahha

sarah shafie said...

gaga ni tk betul skit kot..fesyen dia bodoh2 saje..

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

tak pernah minat kat si gaga nih..tah pape je..nak femes pon agak2 ar kan..kan..xyah ar pakai mende2 yang luar biase n pelik2...eii..tah pape la omputih ni..

owner blog :DD said...

HAHA lawak tengok gambar2 dia + fesyen dia yg tah hape2 tahh =='
tapi lagi lawak bace ape yg sys tulis , HAHA x)) ske entri nihh :))

*Laut China Selatan* said...

she is really weirdo! but so lovely in her singing! :D gagak tu burung?? hahaha. joking! :p

zither said...

ya lo.. rasanya dia memg crave for attention la thats why buat mcm ni. heheh

bagus la kan dia dpt capai cita2 dia. wakaka

Fakhrul Zakry said...

biarlah, maybe he's creactive



p/s: using he for khunsa.


btw, love lady G and dia pelik!



btw, nice entry. love to read ur..

WZulhilmi said...

Dia mmg macam tu!! Tapi lagu dia semua sedap2.. Aku pun dulu pernah buat entry pasal gaga nie.. Klu rajin baca le kat sini.. muahaha

Gaga VS Barbie

Fay Nana (Cik Fana) said...

lawak-lawakkk. :P

The Crow Empire said...

Alien die ni. ish2

*kacau*

hannamaruku said...

die pelik, tapi everytime ble die kua ngan baju baru, macam OMG SAIKO GILA DIE NI tapi stylo!

len dari yg len. haha. vdo klip die pun sume plek2.

Syira ITIK KEJ♥M said...

lantak kau lah Gaga nak pakai mende pon, hasil pendapatan kau tu bukannye nak buat belanja aku shopping ke makan-makan ke hape... suke ati kau lah nak pakai ape~

Peter pakuk said...

walaupun dia bodoh tahap puaka niang rapik,tapi aku tetap salute die punya courage nak dressup macam flinstone depan orang ramai.eh,jap.dia berani atau gile ha??.konfius

Hali3isa a.k.a L3ha : SSA said...

pesen ka pa menda tu! hahahahahaha~ tahap dha berpuaka pesen gaga nie~

DISABLE