23 June 2010

Adik Kecil & Poket Doremon Nya






model entri: adik sendiri (oh maafla model takcomel HAHA. sebab takde duit nak upah model matsaleh mampu upah yang ini je)





BORING LA. sebab takde orang dekat rumah. adik aku yang kecik tu balik sekolah lambat betul. kadang-kadang pukul dua, kadang-kadang pukul tiga. padahal baru sekolah rendah. penat aku tunggu. entah apa yang seronok bebenor dekat sekolah tu aku pun tak tahu sampai nak duduk lama-lama kau tak bosan ke hah? kalau funfair ke pusat membeli belah ke tempat main snuker ke yelah nak duduk lama-lama (eh eh contoh nak kasi yang melalaikan aje? cuba kasi contoh surau ke ceramah agama ke.....) jaman aku sekolah dulu, kalau boleh nak duduk sekejap je dekat sekolah tau. mesti nak balik rumah cepat-cepat makan nasik -_-"


hari rabu ialah hari koku sekolah. adik aku mesti bawak balik kawan-kawan barang sedozen dua. nasib baik bukan hari raya...


kalau kau nak amik gambar macam ni kau cakap kuat-kuat EH ADA BIGFOOT sambil tunjuk ke arah kiri, lepastu snap cepat-cepat



berbalik kepada cerita adik aku tadi, budak sekolah rendah ni aneh betul korang tahu (macamla kau takpernah jadi budak skolah rendah?) korang yang dewasa-dewasa ni (amboi baru masuk umur 20 dah berani mengaku diri sendiri sebagai orang dewasa?) pergila mana-mana sekolah rendah pun mesti akan jumpa budak-budak yang berlari. TAKPAHAM AKU. kenapa mesti nak lari? ingat kuda ke? kalau jatuh? habis luka kepala lutut tu kan. lepastu mula la nak leleh-leleh. budak-budak kecik ni kalau kita cakap EH ADIK JANGAN LARI NANTI JATUH komfem diorang takkan ambik pot punye kau pecaya la cakap aku. 

aku bukan nak cakap pasal larian sebenarnya. asal nak bercerita topik utama mesti masuk topik kecil. =_=' 


korang ada adik yang sekolah darjah-darjah tak? kalau ada, lepas diorang balik dari sekolah cuba buat spotcek dekat poket baju kurung/seluar diorang tengok ada apa.


nampak je muka macam tak bersalah, tapi dalam poket dia jeng jeng jeng




hari-hari aku buat macam ni dekat adik aku bila dia balik sekolah. magic gila woo, macam-macam kau boleh dapat daripada poket adik kau (selain sapu tangan dan duit). contohnya pemadam yang ada gambar bendera di atasnya. (dekat sekolah rendah, budak-budak yang boleh kumpul pemadam bendera paling banyak kira macam loaded abis la. sape takde pemadam bendera LOSER.) dah macam sindiket dah. semua nak berebut beli pemadam dekat koperasi sekolah supaya semua boleh jadi cool.




tapi kalau adik aku bawak balik pemadam je TAKBEST. pemadam bendera buat apa? nak tunjuk semangat patriotik? boleh belah. bukannya boleh kenyang pun ada pemadam. lagi best kalau dalam poket dia ada gula-gula sebijik dua, atau lolipop ke... memang bertuah habis lah. nak beli dekat kedai jajan-jajan ni macam malu pulak. 20 tahun la katakannnnn...




benda-benda lain yang boleh ditemui macam habuk getah pemadam, pengikat rambut, stoking pun ada jugak. sebab sebelum masuk kelas fardhu ain mesti tukar kasut dengan selipar dulu, jadi stokin main sumbat je mana-mana yang boleh sumbat -_-' tapi OK la, kalau stokin aku boleh terima lagi. cuba kalau balik-balik adik kau bawak keluar plastik berminyak yang ada keropok sejuk daripada poket dia, geli tak geli? sape berani makan? aku kasi seringgit HAHA.







bende ni ibarat gambling, kau gagau-gagau dalam poket budak-budak ni tanpa tahu apa yang kau bakal dapat. mungkin baki duit sekolah, mungkin choki choki, mungkin sapu tangan yang ada lelehan hingus, mungkin juga sisa biji asam. -__- anyway kalau hendak selamat suruh mereka keluarkan apa yang ada. kalau dia bawak keluar bende best, kita boleh POW. tapi kalau dia bawak keluar bende yang yek-yek, kita takpayah POW dan kita tak perlu basuh angan dengan dettol ke ape. brilliant kan. *wink*




siapa tak percaya bahawa poket adik-adik kita ialah poket doraemon?




sila pergi mengundi mana-mana yang belum mengundi. alah tembak je, bukan suruh meniru pun. (sila rujuk pada sidebar)

18 comments:

mR.sYaH said...

aku dulu pun macam2 aku letak dalam poket seluar.. hahahah..

noktah pelangi said...

caye2!!ak pun slau pow poket adik ak..mcm jajan ad.hehe

Fay Nana (Cik Fana) said...

ye poket adik-adik kita adalah poket doraemon. poket kita dulu-dulu pun poket doraemon juga. :P

kodok hijau the ghost writer said...

kakak dia comey tak macam adik dia?

aNiS tHe BumbleBee said...

tihihi!akak dulu simpan anak kucing kt poket baju kurung...

WZulhilmi said...

Aku amnesia lah apa yang aku letak kat poket aku dulu.. Hahaha.. Maybe dompet converse kut. Wakakaka

The Crow Empire said...

To : Syira The Kakak

haha, kalau ingat2 balik zaman skola dulu mmg kelakar. Skang adik2 kite pulak yg bwat perkara yg sama. Pencil box kosong tp dalam poket penuh pemadam. wahaha. bwat main tekan-tekan pemadam. best! :D

Btw, adik ipar sy atas tu mmg comel. :P

From : Abang Crow. (haha)

amirahsamat said...

blogwalking . ;)

teringat time sekolah rendah bace entry ni . :)

Ryna Tri Asmara said...

hahahahaha. enjoy baca entri ne ! ;)

zither said...

hehehe tak macam perangai saya punn ?

hahak perasan diri bersihh ;p

chaied said...

perghh..ni betoll..ingat lagi dlu5 time skolah rendah..byk gle kumpol pemadam..buat ape nah???smpi skang ade lagi..x tau mane nk baling..kesian lak..wuu

kata hati bukan kata mulut said...

teringin nak lawan2 pemadam
budak2 skg masih maen ka?

ai na said...

haha bestnye jadi budak2 sek rendah.. lawan pemadam.. ingat lagi aku jual sticker kat sek agama.. abg aku suro.. kaye kitorg.. hahaha ;DD
sorok dr cikgu dr kantoi.. haha

a'ai-university

Anis izyan Abd Rahman said...

comeelll gile adik awk nie..ahahaha...
mmg budak2 pake sumbat je segale mende dlm pocket ke dlm beg ke..ahaha..klaka laa

Cik Bucken said...

yang stokin tu sgt takbes letaknye dlm poket..buatnye ade simpan cekodok skli dalam poket,...nak sgt rase cekodok tu.=P

cuteyes said...

sy dah follow awk.jom folow meng folow!:)

http://zatulalwani.blogspot.com/

Are-Gya said...

bukan adik2 je aku pon de r. sampai skrg meyh ahhahahahahaah

Teratai Wangi said...

teringat zaman2 kanak2 ribina dulu kala.. haha...

DISABLE