06 July 2010

Lesen P yang Busuk.


sebenarnya aku dah setahun dapat LESEN P kau tahu, tapi saat-saat pemanduan peribadi boleh kira dengan jari. sebab setiapkali nak bawak kete mesti ayah aku tak kasi. 


nak bawak dalam bandar?
eh takboleh, kereta banyak. kena pandai main brek. kalau tidak langgar kereta orang, orang langgar kereta kita. takpayahla...

nak bawak dekat highway?
eh takboleh, dekat highway lagi bahaya daripada jalan biasa. kalau memandu tak cekap, tak boleh. (pulakdah)

nak bawak jalan kampung?
eh takboleh, jalan kita tak biasa. ada budak-budak kecik keluar tiba-tiba dekat tengah jalan, haaa bahaya!

yu kan dah ada lesen...
orang yang eksiden tengah jalan tu semuaaaa ada lesen (pfff)


kan boleh nampak dekat situ, betapa permission untuk memandu secara individu sangat susah nak dapat. payah betul ayah aku nak kasi bawak kete. kesusahan dan kesukaran dia tu, ibarat boleh disamakan dengan peluang kau nak menang sejuta POWER ROOT. macam tunggu team bolasepak Malaysia masuk WorldCup. susah gilerrr beb! (eh? terkutuk pasukan bola negara sendiri pulak. ehehe)





tapi hari ni sangat membanggakan, sebab tiba-tiba keajaiban telah berlaku dan ayah aku benarkan aku bawak kereta pergi jemput adik balik sekolah. WOW! BANGGA KAN? KALAU HENDAK KASI TROFI BOLEHLA KASI SEKARANG. pffff... 




hendak kasi trofi pun sempat lagi gelakkan orang. dasar budak mala-un!


aku bukan takbuleh bawak kereta, buleh. cuma kadang-kadang aku.... well, boleh jadi gelabah sikit. especially bila hendak tukar gear, macam harrem! isu ni dah lama dah timbul, time aku belajar memandu lagi. 


kadang-kadang bila sampai simpang aku malas hendak slow-kan kereta dan berenti, sebab nanti aku terpaksa tukar gear semua, leceh gila. biasanya aku belok je terus, haha. cubalah buat aksi macam ni lagi, skali kena langgar, tengok leceh tak leceh dapat masuk wad dengan sebelah kaki kau tergantung, sebelah lagi kena simen?


eh eh tersalah letak gambar pulak. aku hendak letak gambar orang eksiden kena simen kaki, tapi keluar yang ini pula?


sebenarnya masa aku belok laju-laju tadi, ada sorang pakcik driver tu pandang semacam, mesti mengutuk aku dalam hati. WATDEHEL BUDAK NI DRIVING??? MACAM HELL!!!! walaupun dia cuma cakap dalam hati tapi ingat aku tak tahu ke? aku tahu... aku tahu...



sudah-sudahla mengutuk perempuan tak pandai drive, aku yakin gambar ni cuma PROPA semata-mata. cukuplah mengata perempuan, terasa aku tahu tak? haha. 



ps: kenang daku dalam doamu. okayy bye! 

13 comments:

-telordibasuh- said...

adelak pic org pregnant hehehe

misyamissyou said...

huishh..xbaik tau ckp cm tu..kena byk praktis memandu ni...tp biase la parents..manenye xrisau..

kema said...

haha kema pon dulu cmtu jugak..pnye pyah nk mnx bwk kete
tp skg tidak lg..hahahaha~suke sgt2

The Crow Empire said...

To : Syira Pemandu Malaysia

haha.. Syira kene la blaja Drift. Klau Syira pandai bwat drift nnti, jgn ckp jalan kampung. Jalan bandar, Jalan Hi-way, Jalan Lok yew, Jalan kewajipan pun syira boleh drive dengan selamber. Baru lah ayah mertua bg syira drive hari-hari.

Pandu Cermat, Kereta selamat.

(^-^)

From : Ghost Rider

tqa said...

haha.
lawak ler tp mmg btol pon.
pompuan klo bwk kete, hadoyai lemah eden.
(ceyt padahal sndr pompuan)

takpe2, praktis make perfecttts.

zither said...

wasehh ..kenang daku dlm doamu.. hahahakk

Syira ITIK KEJ♥M said...

kenapa Telor cakap tidak boleh komen dekat post ni? masalah apekahhh?

Syira ITIK KEJ♥M said...

assalamualaikum....

(testing komen)

sherah said...

babe...testing2

bunga said...

biasa la tu. hehe. i nak lepas adik i baru dapat P drive sorang-sorang pun cuak. berdebar kot tunggu die balik. haha

Peminat Katie Holmes said...

haha.
memang macam tue.
my elder sisters dua2 ada lesen tapi tak penah bawak kete.

WZulhilmi said...

Tengok!! bila ko dh dpt bwk kereta. Maknanya aku pun boleh menang power root tu lah!! kan kan ??

Aini said...

kahkahkahkah..lebih kurang la tu kite... yok beli kreta auto =)

DISABLE