16 March 2011

Fail Tertinggal Dekat Mid Valley





fail buruk aku, kaler biru




aku pergi cucuk duit dekat ATM dekat pintu keluar ke komuter tu. aku letak fail biru atas mesin ATM kejap. tapi sebab medula oblongata tak berapa nak function sangat. belum beruban dah nyanyuk lain macam. tup tup aku terlupa nak ambik balik fail aku tu ha. lepas cucuk duit terus aku melenggang blah begitu sahaje. terus lupa dekat fail. lepas solat Asar dekat komuter Serdang dalam pukul 6 macamtu barulaaa aku perasan fail aku dah takde. nak taknak aku pun naiklah komuter pergi Mid balik. bangang tak bangang.






rasa bangang seperti baru lepas kena lempang. biol kejap palotak.




macam yang aku cakap fail tu buruk dahpun. dah boleh buang kelaut. tapi aku sayang. sebab dalam tu ada beberapa helaian kertas yang aku sayang. satu; planner buatan sendiri menggunakan kertas A4. macam-macam benda aku conteng atas planner tu. tarikh nak hantar esaimen, event-event penting yang berlaku dalam hidup, dan sebagainya. aku malu kalau ada orang terjumpa lepastu terbaca planner aku tu sebenarnya. kedua; nota Chapter 3 and Chapter 6(fotostat punye) subjek Keusahawanan. Sabtu ni ada test woi! ketiga; mind map tentang cara-cara hendak buat esaimen perkembangan kerjaya yang ni pun aku sayang jugak. dan nota-nota kecik yang lain.





sampai aje Mid, terus aku pergi dekat mesin ATM tu, gagau punye gagau, tapi TAKDE PAPE pon. sahla dah ada orang amik. aku pergi tanya dekat customer service counter, tapi takde apa-apa maklumat yang berguna. aku isi jelah borang barang hilang :( sapa-sape yang ada terambik or buat-buat terambik tu, tolonglah pulangkan balik. hari Isnin lepas 14 Mac 2011; kemungkinan tertinggal sekitar pukul 4.30 petang hingga 6.00 petang. atas mesin ATM CIMB dekat pintu nak keluar ke komuter tu ha. sapelaaa yang songlap... fail buruk cenggitu pun nak dijadikan rete ke? lahabau betul. hmm entah entah makcik cleaner campak dalam tong sampah kot? 



wherever you are my dear, i'll be missing you okayy tsk tsk;





3 comments:

Kasih nur azie said...

sangat menyayat hati

Encik Tikus said...

:'(

Anonymous said...

Honda crack partnered with a hypothetic front. http://emaheos.com

DISABLE