02 April 2011

First Lomo-Solo 5 hours Outing: Masjid Jamek, Pasar Seni, Serdang.



Assalamualaikum semuaaa.


last week masa semua orang busy buat assignment... aku yang assignment tak siap-siap ni ha, keluar jalan-jalan tangkap gambar. sebab aku geram, rasa tak sabar gile nak habiskan filem. haritu aku beli kamera skali dengan filem 2 gulung, satu Agfa 100 satu lagi Lomography 100. yang Agfa tu dah abes aku shoot merata. tinggal Lomo je, so aku pun pergilaaa jalan-jalan area Masjid India. aku suke tempat lama-lama macam Masjid India, area Hang Tuah, Pasar Seni... sebab banyak angle best boleh shoot. 


alhamdulillah masa aku keluar haritu public transport sume senang. daripada aku keluar naik bas komuter UPM, lepastu naik komuter, LRT, even nak balik pun, elok-elok je sampai bus stop bas terus sampai. best main kejar-kejar. dari KOMUTER ke LRT, lepastu tukar aliran LRT. lagipun orang tak ramai sangat sebab hari Isnin. beriye je aku keluar padahal esoknye tu ada presentation tajuk final year project.


so ni gambar yang aku berjaya snap-snap:









tapi banyak jugak gambar yang rosak sebab masuk jari aku. aku terlupa bahawasanya lens dia wide, jadi letak tangan sket-sket pun dah masuk dalam gambar. adoi. cane laaa basic pun fail? 



besar gedabak jari! sayang betul. ni dekat lorong yang jual shawl banyak-banyak tu tau, dekat dengan yellow zebra crossing. kalau tak silap masa aku snap ni orang tengah berkejar lintas jalan. lepas snap tu aku pun terkejar melintas sama... rosak pulak sayangnye !




ni pawagan coliseum. baik punye duduk tengah-tengah setting angle. tapi masuk jari. takboleh crop sebab jari tu ke tengah sangat. memang takbuleh diselamatkan dah...




ni pulak antara gambar yang jelas dia punye wide angle:



kalau aku ke kiri lagi sikit maybe gambar ni lagi cantik,



nampak la jugak wide nye. kalau pakai kamera digital biase 28mm, aku rasa nampak depan je, bumbung dengan lantai tak nampak. 



lepastu dari Masjid Jamek aku pegi Pasar Seni pulak. tak menjejeh-jejeh pun. 20-30 minit je kot dekat Pasar Seni. sebab nak kejar masa. balik UPM aku nak buat esaimen pulak~










 tu je. kesimpulannya sangat seronok main snap-snap gambar. walaupun 1st roll ni macam biase je tapi excited nak snap lagik. aku suka effect vignatte, dreamy-dreamy, wide angle dia, semua aku suka. cuma kaler dia terang sangatla. tak cukup lomo orang kate. sekarang ni pun rasa gian nak snap. tapi filem dah habis. nak beli aiii hujung-hujung sem ni.... erm sebenarnya tak makan pun takpe kot? janji boleh save duit buat beli filem. wahahaha 


bye~~



11 comments:

fiza_noor said...

cantik. g outing sorg2 ke dik?

Admiral Hafiz said...

hehe
smart la pic2 tu sumer
seyes


Entry Terkini: Gmail Motion - Lawak Daripada Google Sempena April Fool 2011

Syira ITIK KEJ♥M said...

fiza;
haah kak gi sorang je... nak bawak ramai2 kang nanti tensyen diorang nak ikot karenah saya. nak ke sana, lepastu ke celah sini, alih2 ke atas turun ke bawah. he he he

admiral hafiz;
hmm biase je tu.

Naddia said...

alamak..jelesnye..nk beli gak aa! bape hengget sekilo?

Syed Hilmi Syed Yahya said...

simple dn cantik gmbar2 2 semua....

ENCIK TIKUS said...

amboi kemain...

ahleng ariKen said...

fine...outing sorang2 tak hajak...mcm ni ar kan..sob3

WZulhilmi said...

cantik lah weh! Mcm berminta pulak ak nk satu camera tu..

nursyafiqahjamaluddin said...

OH SAYA RINDU KUALA LUMPUR! :(
nice photos btw.. =)

nyna said...

cantiklah syira! :D

shark said...

cik itik pkai lomo apa..
leh ler share pasni..
sy pkai recesky..
tp x update lg.

DISABLE