24 April 2011

Penyakit Kulit yang Berakhir



selepas seminggu hidup aku terseksa, berkejar ke sana ke mari, hari ni nampaknya macam permulaan yang baik. cuaca panas (tapi takpe, aku bukak kipas dalam bilik laju-laju) langit sangat cerah kebiru-biruan. aku bukak tingkap luas-luas supaya angin masuk banyak-banyak dalam bilik. aku nak rendam baju kotor dalam air sabun, rendam dalam soflan supaya wangi-wangi. aku nak kemas bilik sekemas-kemasnya, lap meja belajar, sapu lantai, susun baju dalam almari ikut warna (mesti susunan warna pelangi...)




semalam aku beli moisturizer Hazeline Snow. warghhh suke gile dengan bau Hazeline. aku nak tempek tebal-tebal dekat muka. dah lama aku tak manjakan muka. lepastu aku nak potong kuku jari tangan dengan kuku jari kaki (walaupun hari ni bukan hari Jumaat). aku jadi tension kalau kuku panjang-panjang macam jerangkung. lepastu aku nak lap skrin dengan keypad laptop pakai kain lembap. keypad laptop ada banyak bakteria, tahu? harap-harap aku tak terlupa, aku nak susun buku dengan nota siap-siap semoga mood untuk study akan datang bertimpa-timpa...




petang karang baru aku nak start study sampai ke malam. sambil study, sambil makan keropok. malam karang sebelum tido, aku nak tempek Melomet dekat muka supaya tompok-tompok dekat muka aku cepat hilang. aku selalu tido begitu sahaja. selalu terlupa nak bubuh krim, arap-arap lepasni janganla terlupa lagi. semoga hidup aku lebih teratur dan lebih diberkati.... exam aku start hari Rabu. good luck kepada semua kawan-kawan dan diri aku sendiri yang nak ambik final exam. bye,





photo by Agfa Vista 100.



2 comments:

K2r~90 said...

moisturizer Hazeline Snow

aq tingin nak beli satu tp selalu lupe hehe'

best ke pakai neh?? hehe

shark said...

waaa..
makin rancak ye main lomo

DISABLE