10 May 2011

Hantu Kak Limah di Bilik



quoted from Wikipedia:


"Paranoia is a thought process believed to be heavily influenced by anxiety or fear, often to the point of irrationality and delusion"


kalau di-translate secara terus paranoid ni bermaksud, pemikiran/kepercayaan kita terhadap sesuatu disebabkan perasaan takut. kita develop certain-certain pemikiran sebab kita rasa tak selamat dan takut. dan satu lagi, paranoid ni kadang-kadang tak rasional. tahap berkhayal je lebih, betul ke tidak entah ke mana... 

aku buat entri ni sebab tibe-tibe teringat, dulu Hanis Zalikha pernah tweet one of her biggest paranoid is "being poke at the eyes with the metal tip of the umbrella" budak Hanis ni kann, kalau bab-bab describing mende-mende tu nak detail aje. mentang-mentang la paranoid terus kasi situasi yang ala-ala movie Saw. so her statement makes me think myself, what is (are) my paranoid(s)?


and yes , I have a few paranoids. and one of them is,




Having Hantu Kak Limah sitting on the bed in my room. 


Bagi sape-sape yang tak tahu, actually aku duduk bilik sorang je semester ni, aku memang takdek roomate. dalam bilik aku tu ada dua katil, tapi satu je pakai. yang lagi satu memang tak sentuh langsung. kecuali aku letak sejadah dengan kain telekung, lepastu kalau member datang buat assignment bilik aku baru diorang lepak dekat katil kosong tu. kalau tidak memang takde maknenye aku nak duduk bertenggek situ. dah aku memang ade katil sendiri kot? orang lain yang takde roomate maybe akan cantum katil supaya jadi QUEEN size baru sedap nak tido, tapi aku malas eh nak mencantum-cantum ni semua...


okayy. errr... SO? 


sorry2. bab mukadimahnye nak panjang aje. ok sambung. aku ni selalu keluar petang, biasanya pergi library takpun keluar berjalan. pukul 9-10 baru balik ke bilik. sah-sahla bilikgelap kan, so setiapkali nak bukak pintu aku memang berdebar-debar sikit (READ: sikit ye, bukan berdebar banyak macam orang sakit jantung tuh) sebab aku takut, bukak je pintu terus ternampak lembage rambut panjang macam hantu kak limah duduk tersengih dekat katil kosong tu. so everytime aku balik malam, bila bukak pintu aku tak mengintai ke dalam dulu. instead aku akan menggagau-gagau cari suiz lampu dulu, baru aku masuk dalam bilik :p gambaran kedudukan lembaga tersebut lebih kurang macam gini:



nilah dia katil kosong dalam bilik aku tu. aku duduk katil sebelah. cuba kau bayangkan, balik je bilik bukak pintu, ternampak kak limah duduk sopan macamni. haa kau nak buat apa? ni cerah takpe lagik. kalau gelap? seram tak seram? 



boleh terima tak paranoid pertama aku? boleh kan. HAHA. aku serius la wei. ingat aku main-main pulak. sebenarnya ada banyak lagi. tapi nantilah rajin sikit aku buat PART 2 pulak. kehkeh. so apakah paranoid korang? haaa jangan nak lari. share dekat comment box. cepattt!




8 comments:

unieMARKS :) said...

hee , im being paranoid as all the time bila duk kat hostel dulu. ngehheheee.

dulu unie susah tidur malam,and bila terjaga tengah malam je , tumpang katil kawan tidur ngan dia .

heee.byk sgt pikirannya smpai tak tau nak bagitau yg mana satu ;)

buSuk said...

haha...de gak takot yg tu,sal bilik kami kt kolej tu mmg keras n mmbe bilik mmg pnh nmpk 'macik' kt penjuru bilik ats rak buku.
tapi paling paranoid...org tau my deepest darkest secret,du du du du~~~~~ ;P

shark said...

hahaha
bahaya btuil gambo itu..
tgk pn dh nek seram
kalu jd btuil x tauler..

Kama Irahsa said...

katil yg kosong tu baik la bg org tdo skali skal. ajk kengkawan tdo. kt situ. org kata, kalu kite xtdo, nnt benda lain yg tdo situ. haaaa~~.. takut x? ahahha

Syira ITIK KEJ♥M said...

unimarks;
ni kes tengok cite hantu banyak sangat. tu jadi semua mende pun nak terbayangkan hantu...

busuk;
heheh apediaa laaa deepest secret tu...

shark;
haaa tau takpe. mak limah tu pun bukannya betui sangat...

kama;
SAJE JE KAN KANNNN!!!

eesyaheera said...

saya selalu bayangkan ada hantu atas almari T__T

Husna Lana said...

haha teringat masa kat asrama dulu-dulu. belakang dorm ada ampaian. malam2 nampak tangan kat ampaian tu. hantu tangan. seram +.+

skrg, nampak ampaian teringat hantu tangan. ciss

marionette.life.goes.wrong said...

Hahaha..lawak plak kak limah atas katil tuh. :)

Clare skg pun duk sorang je dlm hostel skg..
Nak pegi tmpt member lain pun, smua da cuti sem
Tinggal sy lgi terdampar kat hostel T_T

Clare klu bjaga mlm kdang2 terbayangkan antu org bunuh diri, maklumlah de kes bunuh diri 2-3bulan lalu. Terasa gak seram2 sejuk . Tp klu fkir btul2 dya bknnya ada kt ctu pun. Bayangan je :)

DISABLE