08 December 2014

Vietnam Day 1 Hanoi



Aku bangun jam 4 pagi. Alhamdulillah migrain semalam dah hilang. Lipat sleeping bag cepat cepat haha. Sebelum masuk boarding hall, aku tukar sedikit duit dekat Ambank Money Changer. Tahu dah rate dalam airport komfem tinggi punya tapi pasrah jelah. Aku tukar RM700 kepada USD100 dan 2 juta Vietnam Dong. Rasanya cukuplah untuk beberapa hari.

Flight AK 516 
KLIA2 - Hanoi 

Flight daripada KL ke Hanoi mengambil masa selama 3 jam, berlepas jam 6.15 pagi dan sampai di Hanoi jam 8.15 pagi (waktu Vietnam lewat sejam dari Malaysia). 

Sebelah aku dalam flight ialah 2 orang budak lelaki Vietnam yang bekerja di Malaysia, katanya takmau keje sini dah. Nak balik Vietnam buat selama-lamanya. Pandai bercakap melayu dan terlebih friendly. Terlebih friendly sebab dalam flight masa aku menulis diari aku, sibuk pulak dia terjenguk jenguk nak tengok apa yang aku tulis. Aku bagitau aku ke Vietnam sebab nak jumpa kawan dekat sana haha. Dekat dekat nak sampai tu, aku tanya dia. Apa sim card yang paling bagus dekat Vietnam, aku nak beli. Budak ni cakap dia boleh tolong belikan, aku tanya anggaran harga (buat buat tak tahu padahal dah survey di internet - ujian kejujuran hehe) dan katanya dalam 50.000 dong ok memang betullah tu, budak ni tak menipu. Tapi... belum boleh dipercayai sepenuhnya...




Seat aku adalah seat sebelah kanan flight, jadi boleh tengok sunrise. Sepanjang perjalanan memang aku tak tido pun, aku menulis, kira bajet dan tengok pemandangan je. 



Noi Bai International Airport, Hanoi

Dah sampai Hanoi! 


Imigresen lepas dengan mudahnya. Mungkin sebab muka aku bukan muka penjenayah kot haha. Duduk rileks dalam airport sekejap, cari wifi dulu report lokasi dekat Mem Besar kat rumah. Lepastu ronda ronda skali terserempak dengan budak dalam flight tadi. Dia tanya aku dah beli ke sim card nye? Aku kata belum, jadi dia bawak ke satu stall simcard dalam airport tu, dan dia tanyakan harga dalam bahasa Vietnam chong cheng chong cheng... akak jual tu cakap 100.000 dong. Mak ai bapak mahal. Aku macam, amboi mahalnye lepastu buat muka boikot taknak beli. Budak lelaki tu bagus tau, dia cakap dalam bahasa melayu dekat aku tak payahla beli dekat sini, sini mahal. Beli dalam pasar murah lagi. Ok lah aku tak jadi beli. Mahal sangat lah, sampai sekali ganda harga dia. Aku pun rasa macam takdelah perlu sangat pun simcard tu. Selagi ada wifi, boleh pakai wifi lagi. 

Kemudian budak tu tanya, mana kawan aku dah sampai ke belum?

OPPSSS! Aku ada kawan eh dekat Hanoi ne? Bukan aku sorang sorang ke dekat sini? Hehehehehehe. Aku tergelak dalam hati. Lupa pulak aku tengah tunggu kawan aku datang ambik dekat airport. 

Budak tu tanya lagi, habistu takde simcard macam mana nak contact kawan? 

Takpe takpe, wifi airport ada. Saya contact pakai facebook. (Sambil menunjukkan FB dekat fon aku) Hahahaha banyaklah kau punye Facebook, Nurul! Bukan niat di hati hendak menipu, tapi untuk keselamatan diri. Bahaya tau kalau orang tahu aku berkeseorangan di Hanoi. Tapi... budak budak tu nampak macam jujur dan boleh dipercayai. 

Lepas say bye bye kepada mereka berdua (dan berharap tidak akan terjumpa dengan mereka lagi), aku duduk balik dalam arrival hall airport tu. Online guna wifi, google apa yang patut sebelum meneruskan perjalanan. Takpe, awal lagi. Baru pukul 9. 




 Kemudian, aku naik Bas Merah yang terletak di sebelah kanan pintu keluar airport. Bas Merah ni merupakan option paling murah untuk pergi ke Hanoi city (40.000 dong = USD$2). Perjalanan dalam sejam dan dia akan berhenti di hadapan Vietnam Airlines Office dekat area Hoan Kiem lake. Masa dekat airport tu aku dah ambik city map siap siap dan tanya pegawai dekat situ arah ke hostel aku daripada bangunan Vietnam Airlines Office.


Turun aje daripada bas, haaa datangla pakcik pakcik motosikal serbu suruh naik motor diorang. Dekat Vietnam ni, 'teksi motosikal' merupakan perkara biasa. Aku dah cakap takmau, takmau, its okay tapi dia ajak jugak naik moto dengan dia. Bila aku buka map tu dia tanya, which hotel? which hotel? Aku takmau bagaitau nama hotel aku, aku cakap, somewhere near the lake, its okay. Pakcik ni jahat tau, dia cakap jauh sampai 2km memang menipu gila la. Masa aku nak fahamkan map tu pun dia bersungguh lagi ajak naik moto. Serabut sungguh la. Last2 aku bukak kompas dalam fon (LOL kejadah pengakap sangatt), jalan ke arah Barat sebab tempat yang aku nak pergi tu di sebelah Barat tasik Hoan Kiem. Nasib baik laaaa pakcik tu tak ikut. 




Jalan sikittt je dah nampak tasik. Dekat sekeliling tasik ni ada ramai masyarakat Hanoi yang bersenam, bawak binatang peliharaan bersiar-siar, dating, berlatih kungfu dan sebagainya. Daripada sini boleh nampak Ngoc Son Temple dan jambatan lama Hanoi yang popular tu. Masa ni aku rasa macam nak menari nari ala filem muzikal because I'm in Hanoi yahuuuuu!!!




Kemudian aku melintas ke sebelah kanan, dan ada patung tuk guru kungfu diorang kot. Ly Thai To nama beliau, hmm dekat dekat dah sebab hotel yang aku booked tu dekat Ly Thai To street.




Tadaaaa! Dah sampai. 

Golden Time Hostel 2, 
8, Lai Thai To Street, Hanoi. 

Nasib baikla tak naik moto pakcik tadi. Jalan kaki dalam 10-15 minit je. Memang menipu, takdenye sampai 2km. 




Ini lah rupa hotel daripada depan. Sebaik aku masuk disambut oleh kakak receptionist yang friendly. Diorang hidang buah buahan dan kopi. Bilik yang aku tempah (Double Room) tu tak ada ke tak ready ke macam mana entah, jadi diorang gantikan dan upgrade dengan Family Room yang ada 3 katil, for FREE. Yahuuuu! Sebelum masuk bilik jugak aku aku tempah siap siap day tour ke Halong Bay untuk hari esok nyee. 




Ini lah Family Room yang aku dapat tu. Hahaha katil single sampai tiga. Satu buat tido, satu buat sidai tudung dengan baju, satu lagi buat baring baring. Bilik ni dekat tingkat 8 kalau tak silap aku dan kalau selak langsir silver tu boleh tengok pemandangan Hanoi 270 darjah. Tapi aku malas bukak langsir sebab aku tak suka cerah cerah sangat. 




Bilik air pun bersih dan comel. Tahu tak, malam tu aku siap basuh baju lagi. Berjalan 8 hari, tapi bawak baju 4 pasang je terpaksa lah buat keje mendobi dalam bilik hotel. 




OK lah hotel ni, Nora bagi 4 bintanggg! Hehe. Value kepada duit. Aku tempah dekat Booking.com dengan harga RM60 satu malam. 


Lepas solat jamak Zohor dan Asar (Zohor dekat sini awal dalam 11.20 pagi camtu) aku pun baring baring sekejap hajat di hati memang nak melelapkan mata pun. Penat kot. Aku kunci alarm pukul 1.40, janji dengan Hanoikids untuk berjumpa pukul 2 dekat depan hotel. Agak agak sempatla 20 minit nanti nak mandi bersiap ala kadar. Skali kauuu... tepat tepat pukul 2 aku terjaga! Hamsap sungguh lahai. Ape punya alarm laaaa. Berdesup aku tempek tempek bedak macamtu je dekat muka, sibai tudung lepastu terus turun bawah dengan tak mandinye! Haha nasibla. Dan dan terjumpa Hanoikids tu dekat depan lif. Dia baru nak naik cari aku dekat bilik. Malunye makcik! Sorry makcik lambat! Arghhh malu malu. 


HANOIKIDS.ORG


Hanoikids ni merupakan satu pertubuhan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar kolej dan universiti di Hanoi; yang mana mereka akan bawak foreign tourist jalan jalan sekitar Hanoi city secara percuma. Program ni bertujuan bagi student tu kemahiran dan confident untuk speaking in English, and at the same time tourist dapat guide secara percuma. Win win situation. Best tak? Tapi kena hantar email awal untuk request tour daripada diorang ne. Aku kira beruntung sebab aku hantar email last minit jugak, mula mula diorang fully booked lepastu dapat another email yang mengatakan diorang available pulak. 

Boleh tengok dekat website diorang: hanoikids.org




Inilah Hanoikid yang teman aku jalan jalan dekat Hanoi sepanjang hari pertama, Mun nama dia umur 20 tahun sebaya adik aku, 3rd year degree bisnes. Memang friendly budaknye, banyak info dan cerita yang dia kongsi dengan aku. First benda dia ajar aku ialah macam mana nak lintas jalan dekat Vietnam ni, haaa sebab kau tahulah jalan dekat sini macam mana. Motosikal belambak lambak. Nak melintas jalan rasa macam nak menempah ajal huhuhuhu T_T


Dalam email haritu, aku request nak pakai public bus je. Jadi si Mun ni bawak naik public bas. Aku duk perati budak ni cerdik dan ada nilai moral yang tinggi, masa sorang makcik naik dia bangun daripada kerusi dan bagi makcik tu duduk. Haaa padanla jadi volunteer. Kita takpayah bayar apa apa dekat budak budak ni, cuma kalau masuk attraction yang berbayar tu kena lah bayar untuk diorang skali. Tempat pertama yang kitorang lawat ialah Ho Chi Minh Mausoleum dan Ho Chi Minh Presidential Palace. Dua dua tempat ni berdekatan antara satu sama lain. 




Ni dekat tasik dalam Ho Chi Minh complex. Semua ambik gambar pakai fon sebab aku tak bawak kamera, tak berani. Huhu. Pikir pikir balik menyesal pulak. Dahla tak bawak kamera, yang dengan fon ni pun aku ambik sikit je gambar sebab syok dengar si Mun bercerita. Eh macam macam lah info yang dia kasi tahu, dan aku rasa English dia sangat bagus. Katanya dia dah terlalu banyak guide tourist untuk program Hanoikids ni tak terkira jumlahnya bila aku tanya. Kira aku dapat budak yang bukan calang calang jugakle hehe. 




Ini pulak One Pillar Pagoda, binaan ni agak famous jugak dekat Hanoi tapi masa aku datang diorang tengah buat construction dekat area pagoda ni so view tak lawa sangat and this is the only picture I manage to snap. Sedih tak.




Kedai kedai di sepanjang jalan. Dari One Pillar Pagoda kitorang jalan kaki ke Temple Of Literature. Dekat je. 




Bayaran masuk Temple of Literature ialah 30.000 dong (USD$1.5). Temple ni adalah untuk meraikan atau menghargai golongan bijak pandai. Luas jugak dalam ni, taman dia pun cantik, ada pokok pokok yang dijadikan bentuk bentuk binatang dan binaan binaan lama.



Benda ni ada dekat belakang duit kertas Vietnam.




Ada ramai budak budak universiti ambik gambar konvo dekat sini. Yang perempuan pakai skirt labuh dengan seluar tu, pakaian kebangsaan diorang. Comel comel je budak budak Vietnam ne. 




Patung patung ni untuk dijual. 

Aku ingat nak beli poskad , nak pos dekat diri sendiri dan member member. Punyalah beria memilih design nye sampai nak terbalik palang tempat gantung poskad tu haha. Lepastu Mun cakap dekat aku, takpayah lah beli sini sebab mahal. Beli dekat Old Quarter murah lagi. Eh eh budak ni bagus betul.


Aku rasa ok lah jalan dengan Hanoikids ni , terutama hari pertama. Sebab, berjalan dengan local boleh buat kita adapt dengan tempat tu, belajar tentang adab adab tempat tu (local mesti lebih mengetahui dan boleh bagi tips tips berguna) dan lebih rileks. Biasa kalau aku pegi tempat orang, hari pertama mesti berdebar debar ketakutan haha but having this Mun kid around is a kind of relief. Banyak kali dia tanya aku penat tak? penat tak? Memang aku penat pun, aku tanya dia balik awak tak penat ke? Katanya dia dah biasa bawak tourist berjalan, ada tour dari 8 pagi sampai petang. Tour aku ni sebelah petang je so dia okey je. 




Maaf , gambar aku lagi. 

Lepas habis round dalam Temple of Literature, aku mintak tolong si Mun bawak aku ke stesen keretapi untuk beli tiket tren ke Hue malam besok. Masalahnya Mun tak tahu dekat mana nak naik bas daripada Temple of Literature tu, so aku cakap naik teksi jelah senang. Perjalanan dalam 10 minit, terus berhenti depan stesen keretapi. Tambang teksi 60.000 dong ($USD3). Oh ya, dekat sini jenama teksi yang boleh dipercayai ialah Vinasun dan Mailinh. Yang lain lain bukan takboleh percaya, tapi hati hati sikitlah takut kena paw dibawaknye keliling pakai jalan jauh. 




Yang ini stesen keretapi kecik je, bukan stesen keretapi utama Hanoi. Cuma ke sini untuk beli tiket, esok aku kena naik tren dari stesen keretapi yang utama tu. 




Hanoi - Hue Train Ticket Fare
Reunification Express SE3
Soft Seat ; 496.000 dong ($USD25)

Hureyyy berjaya beli tiket dengan bantuan Mun yang nego dengan kakak kaunter. Tren aku pukul 10 malam besok, aku ambik tempat duduk je. Tambang tiket 496.000 dong bersamaan $USD25. One thing for sure, buying ticket at the train station  is much more cheaper than buying from tour agent or hotel reception or website I tell you. Sebab last time aku check harga tiket Hanoi ke Hue dekat website ape dah (website yang reliable), harga dia $USD33! Banyak jugakla beza dia kalau tukar duit Malaysia kan. So kalau dapat, cuba lah beli sendiri tiket di kaunter. 


Mula mula kitorang decide nak berpisah dekat train station, aku jalan kaki balik ke hotel (dalam 1.5km macamtu) dan si Mun pulak naik bas untuk berjumpa dengan mak dia. Tapi lepastu, budak Mun tu tukar plan. Dia macam, No No. I'm afraid you will get lost. We'll take the bus to your hotel then I'll walk and take another bus home. Haaa? betulkeee? Hahaha baiknyeee budak Mun ni. Oklah. Sebenarnya boleh je aku jalan sendiri,  Aku tak takut sesat sebab jalan nak balik ke hotel tu lurus je. Tapi aku lagi takut dengan keselamatan diri. Time tu dah pukul 5 dan nak dekat Maghrib dah. 




So kitorang naik bas (daripada satu bus stop yang crowded I dont know where) dan dalam 5 minit dah sampai area hotel aku. Lepastu Mun mintak maaf kalau ada kekurangan apa di pihak dia. Haaa kekurangan apebende nye , terlebih jasa adelah. Sepetang bersama Mun! Aku takde prepare ape-ape gift dari Malaysia untuk dia, sebab last minute confirmation kan. So sebelum berpisah aku selebet selebet beg aku dan ada jajan, aku bagi ke dia, aku bagitau this is some candies from Malaysia. This is all I have for you. Sebenarnya member aku yang kasi jajan tu semalam dekat airport KB, jajan doorgift kenduri adik dia haha (Ain if you are reading this, thankyouuu!)




Lepas berpisah dengan Mun, aku meronda kawasan sekitar cari kedai runcit. Lapaaaaa! Jauh la jugak bejalan baru jumpa mart. Itupun beli air je. Bolehla kenyang dengan minum air. Kembung dengan air gitu jelah hukhuk. 




Pemandangan malam daripada tingkap bilik aku. 

Malam takde aktiviti pape. Mandi air panas (haaaa dari semalam tak mandi!), basuh baju, keringkan baju dengan hairdryer, gantung baju depan kipas (tiba tiba ada kipas angin berdiri dalam bilik tu pelik betul), update lokasi dengan Mem Besar dekat rumah lepastu baru lah aku boleh tido. Kunci jam 5 pagi, besok nak berkemas dan check out awal pagi. 

Selesai hari pertama. Selamat malam :)





Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE