09 May 2017

Pulau Perhentian 2D1N (Bad) Agent Experience



Assalamualaikum wbt.

Aku nak sharing pengalaman aku ikut trip 2 hari 1 malam di Pulau Perhentian bulan Mac tahun lepas. ACTUALLY AKU DUK TENGOK DRAFT LIST & TAK PERASAN ENTRI NI BELUM POST. TAHUN LEPAS DAH KOT.  LOL. TAKPELAH POST JELAH WALAUPUN DAH DELAY SETAHUN hihi.

Okey, kali ni aku bawa kawan aku dengan adik dia dari Sarawak. 

Perhentian cantik macam biasa. Air cantik, bersih, cuaca pun bagus. Cuma yang tak bagusnya... travel agent yang aku deal tu. Macam macam halnya... Bila ingat balik, terus sakit hati. 




Aku contact agent sebulan sebelum tarikh nak travel. Aku tanya, dapat tak bilik/ chalet harga below RM100? Since kitorang semua bajet backpackers je. Dia kata, boleh dik nanti akak confirm dengan chalet dulu...  Dan habis sampai dekat situ je. 


Esoknya (or 2-3 hari lepastu) sebab tak ada respon daripada dia... aku Whatsapp balik... Akak, ada tak bilik ni untuk tarikh sekian sekian. Boleh tak nak tahu chalet apa? Lama baru kakak tu balas. Dia cakap, ada dik. Nanti update ye. Update sampai ke sudah. 


Kali ketiga, minggu seterusnya, aku Whatsapp tanya lagi sekali. Aku tanya ada bilik tak, kalau ada chalet apa. Dan sekali lagi (lepas beberapa jam, walaupun mesej dah seen) baru dia reply cakap dia dekat pulau ke macam mana entah, nanti dia nak confirm balik dengan orang chalet.


Lepastu memang takde mesej apa dah. Aku pulak makin busy dengan kerja, aku pun dah lupa.
Beberapa hari sebelum nak cuti baru aku teringat. Aku memang tunggu je nak mengamuk dekat kakak tu sebab tak pandai jaga pelanggan. Kita pulak yang terhegeh hegeh. Kalau ada chalet, bagitahu ada, dengan nama chalet sekali so that aku boleh google picture and decide samada ok ke tak. Kalau tak ada, bagitahu je tak ada. Jangan nak berdalih. 


Masa aku tengah driving ke Airpot Kuching (balik bercuti ke Semananjung). Kakak tu call (eh ingat lagi rupanya dekat aku), dia cakap chalet ada. Masih lagi tak bagitahu nama chalet. Susah sangat nak bagitahu nama chalet. Tapi harga di bawah range yang aku nak. Tak ingat lah RM80 ke RM100. Takpelah, aku pun cool down sikit. Walaupun lama menunggu... tapi rupanya dia masih ingat aku. 


Esoknya... bila aku sampai rumah, aku call office dia tanya... kerani dia jawab dan dia cakap, Chalet X. Tapi harga RM130, dia kata tu harga diskaun dan chalet tu macam chalet yang bagus jugakla. Bila aku google pun nampak macam OK. So... aku tak kisah kena bayar extra from our budget since diorang nak bagi chalet yang OK. Excited aku nak pergi Pulau Perhentian. 




Dah sampai Kuala Besut... Parking kereta dekat private house. Sewa RM12 sehari kot, tak ingat. Tak jauh sangat daripada jeti tu.


Bila pergi dekat office agent tu... tup tup dia kata bilik tak cukup, ada satu je sedangkan masa call aku DAH CONFIRM nak dua bilik. Ya Allah geramnya. Ape benda ni??? Kawan aku pun tercengang-cengang. Dia gantikan dengan chalet lain, masa tu jugak dia call chalet tanya ada kosong tak. 

Lepastu cara dia cakap dengan owner chalet tu... macam chalet tu teruk gila. 

"Takpe kot...... budak budak Melayu semua ni..." 

TAKPE KOT APE???

Aku rasa macam kena tipu. Macam, dia tak booking apa-apa pun untuk kitorang sebelum ni. Bengang tahu tak?! Berapa kali mesej nak confirm tapi tak reply, berapa kali tukar harga, tukar chalet... OMG. Kalau tak ada, cakap tak ada. So kita boleh cari chalet lain, atau agent lain. Jangan main-main kan orang macamni. Masalahnya dia janjikan chalet bagus... kita dah excited last last... NOTHING! Geramnya lahai. Nak kata booking last minute... aku dah tanya sebulan sebelum kot. Setiapkali lepas mesej tanya, ok, akan update, busy bla bla. Lepastu senyap takde update langsung. 




So this is our chalet, meh aku bagitahu. Harga dia RM80/ night. (Kalau korang walk in terus dengan owner chalet, maybe boleh dapat RM50-RM60/night). Chalet ni OK je. Ada double bed, kipas angin, bilik air dekat dalam. Cadar semua bersih. Sesuai dengan harganya. Backpackers style. 


Mula-mula masuk dalam, ada katak lembik dalam bilik air. Nasib baik member aku ambik dan buangkan (dia tak geli sebab dia cikgu Biologi kot haha). 


Pagi esoknya... ada cicak gecko pulak dalam bilik air. CICAK GECKO OK. Cicak yang mata timbul tu. Aku syak dia masuk ikut lubang udara dekat atas dinding. Sepatutnya ditutup dengan kasa dawai barulah binatang tak boleh masuk. Aku saje mesej kakak tu bagitau, kak ada cicak gecko lah dalam bilik... Dia reply, Ohhh biasa la tu dik.  HAHAHAH sakit hati tak? 


Aku tak bengang dengan chalet... Sebab itu memang standard backpackers. Sesuai dengan harganya. Tapi aku bengang sebab dari awal kakak agent tu banyak berdalih, kemudian janjikan chalet bagus last -last bila sampai dia kata bilik tak cukup, and we ends up here. Macam, dia tipu supaya kitorang tak ada peluang untuk cari agent lain. 




Dulu... masa aku ambik day trip bawah kakak ni, dah nampak servis dia macam tak berapa nak bagus. Masa tu aku walk in je. Lama aku masuk tunggu dalam office dia... Tak ada nak tegur apa OR at least, cakap adik duduk dulu  ke apa. So aku keluar, dan ronda ronda survey tempat lain dulu dengan member aku. 


Kali kedua aku masuk, baru nak tegur. Masa tu sebab day-trip je. Jadi takde banyak cekadak sangat. Aku dah blog pasal snorkeling trip tu dekat SINI. Traffic untuk post tu dah sampai 10K. Memang tiap tiap hari ada je orang google pasal perhentian snorkeling day trip, which akan direct kepada entri tu. 


Dulu aku share no fon dia tau (kakak agent). Lepas servis terbaru ni yang tak berapa nak bagus... aku edit balik dan delete no fon dia daripada post tu. Promote free buat apa. Daripada orang lain pun dapat servis tak bagus kan. Aku harap korang tak kena dengan kakak ni lah. 




Tapi... Abang Rahmat yang bawa snorkeling tu memang terbaik. Korang jangan salah faham pulak, agent dan servis snorkeling lain-lain tau. Kali ni, untuk trip snorkeling aku masih lagi ikut dengan team Sunset Shop Snorkeling. Bukan dengan Abang Rahmat, dengan orang lain (lupa nama). Tapi dia pun bagus jugak. Siap ambikkan video lagi. 




Gambar daripada video ikan nemo yang abang bot tu ambikkan...




Pulau Perhentian sentiasa di hatiku. 




Dekat Romantic Beach. Air tak dalam, ombak tak kuat, dasar pasir je bukan terumbu/batu tajam (jadi tak bahaya) ikan biasa-biasa ada la. Nemo jarang-jarang. 

Dekat sini kalau nak selfie dalam air, paling senang. Hahahah. 




Lepasni kalau datang Pulau Perhentian lagi... (kalau datangla) aku akan booking direct kepada chalet, takmau pakai agent dah. Masa aku round round pulau ni... aku tengok Shari-La Chalet ni agak ok la. Terutama kalau datang dengan family. Sebab chalet dia, tersusun dan kawasan pun bagus.




Siap ada private beach lagi. Ni aku menyelinap kejap hehehe. Jalan jalan sebelum balik. 




Kalau ada kesempatan, pergilah Pulau Perhentian sebab setakat ni... Pulau Perhentian yang paling ekonomikal aku rasa, tapi... masih menjanjikan pemandangan yang cantik. Heee


Nak baca post Day-Trip Pulau Perhentian KLIK SINI
Nak baca post Pulau Perhentian Underwater Photos KLIK SINI


Bye!


2 comments:

Hanis Amanina said...

Penat jugak nak deal dgn orang camtu T_T Mungkin dia ambik ringan sbb tahu awak pernah join trip dia sebelum ni kot?

hanisamanina.com

Syahira Mansor said...

@Hanis Amanina:
Dia tak cam pun rasanya... Macam tak peduli je dengan customer dia...

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE