11 January 2011

Penyeksaan Geletek Tak Bernyawa




masa menulis entri pasal adik lelaki aku, aku teringat jaman kitorang budak-budak dulu. bab bergaduh nombor satu. berebut remote, berebut makanan, kata-mengata dan sebagainya. yang menjadi kebiasaannye pergaduhan secara fizikal la. mencubit, bertumbuk, bersepak, berterajang, muay thai boxing semua ibarat rutin harian. tapi dalam banyak-banyak, aku teringat ada satu teknik mendajal yang pernah aku amalkan dekat adik aku masa dia kecik-kecik. masa dia muka suci tak bersalah. (sekarang tak suci dah). teknik ni aku panggil, GELETEK TAK BERNYAWA. nama takbuleh belah tu. taknak kalah. 





cara-caranya ialah: tutup muka mangsa dengan bantal, kemudian geletek perut mangsa sekuat hati. wakakaka menggelupur habis. kalau tak paham sila rujuk gambar di bawah: (ceh siap tunjuk gambar rajah, nak mengajar budak-budak ke apa?) *take note gambar dia agak 18SG, kalau ada budak-budak sekolah yang kebetulan view blog aku neh silalah beredar sekarang ye adik-adik.* oh zither takpe dia dah lepas SPM dah kira 18 ar tu haha.










bantal yang digunakan mesti lebih besar daripada saiz kepala mangsa. tapi ingat, durasi menggeletek antara 15-30 saat sahaja, lama-lama kang kena sesak nafas betul-betul TAK BERNYAWA mangsa kau, azab... jadi apa-apa kau jangan nak salahkan aku eaa. jangan pandai-pandai pegi balai polis report aku mengajar benda-benda SG, sape suroh kau ikut buah pikiran aku. wakaka. 





*ok sambung* untuk selamat, lepas kau geletek mangsa tu, kau terus lari laju-laju masuk dalam bilik dan KUNCI PINTU dari dalam. dengan itu kau akan terselamat daripada di harm oleh mangsa, ok paham? kalau aku dulu, tak berapa nak selamat jugak. sebab adik aku akan amik buku-buku sekolah, dia ugut kalau tak keluar dia nak koyakkan. aku gelak je dalam bilik. kehkeh. berani kau nak koyak buku aku? HUH CAKAP JE LEBEH! skali.... dia koyak betul betul T___T





tapi sekarang ni aku tak berani main GELETEK TAK BERNYAWA dah. sebeb adik aku lagi besar daripada aku kot. sekali di terajangnye dekat perut, koma tak berlagu la aku dalam wad ICU... hu hu hu 




11 comments:

Izzah | zulkifli said...

first time singgah..tros,follow..seriously besh gle ur blog..cinta pandangan pertama..haha ;D

ween said...

haha. tp teknik ni xberkesan utk org yg tahan geli kan ^^

fiq said...

haha.. ganas giler gurau geletek x bernyawa tu.

dulu2 pn fiq suka gurau ganas2 gak ngan adik2. hee..

-iEkA DaRLink- said...

warrgghh! ieka penah kene macam ni mase kecik2! ta suke gilee.. :)

starzieti said...

saket plus geli la kene geletek..huk2

Azam Shah said...

geletek sampai pitam.
haha.

Mknace said...

:) :) :) terbaeekkk!!!!

WZulhilmi said...

gila betul! Tutup dgn bantal. klu terlebih masa kang boleh mati. hahaha.

Encik Tikus said...

kah kah pebenda ahh kau mengajar budak budak nie xD

si pendek dan moody said...

tak innalillah ke sape yang kene tu? sesak nafas tu hah

gEe said...

wahh.. terbayang penyiksaannye... haha

DISABLE