09 January 2011

Mek Tonk Hite



 Assalamualaikum...

sebenarnya aku malas nak update. aku ni kan pemalas. tapi bila teringat (notification FB yang tolong ingatkan) bahawa hari ni ialah birthday adik aku Syafiq maka aku pun buatla satu entri khas untuknye. khas la sangat. ye lah kita kan best-siblings-forever kan kan kan? yek.



nama adik aku ni, Syafiq tapi aku panggil dia MTH which stands for Mek Tonk Hite. "Mek Tonk" tu origin from bahasa Kelantan, aku pun taktau maknanya apa. "Hite" tu pulak hitam, sebab dia lagi hitam daripada aku. (yela yela aku tau aku pun hitam jugak ada hati nak mengata warna kulit darah daging sendiri sebagai hitam?) walaupun macam takde motif tapi nama MTH tu melekat jugak la dikalangan kitorang adik beradik. dengan ayah-ayah aku skali panggil dia MTH. wakaka. 


bila tengok adik aku ni, mesti dalam hati aku macam, "eeee poyonye..." macam menyampah betul dengan kelakuannya. kadang-kadang OK, rasa tak menyampah pulak. tapi pada kebanyakan masa menyampah la....


si MTH ni sekolah agama, duduk dekat asrama pulaktu. tapi takdelah jauh mana pun. alah Machang je pun. tapi kan, tiap tiap minggu bila MTH balik rumah mesti mak aku masak sedap. time aku balik jauh-jauh dari Serdang neh, takde pulak makanan-makanan extrabaganzah, haih tak adil! tak adil! 


kehidupan di asrama yang membelenggu


wah! ramai-ramai mengadap laptop buat apakah? 


tahun lepas masa result PMR adik aku keluar, ada kes sikit. adik aku pegi amik result dengan ayah aku. (ok, ayah aku merangkap ayah dia jugakla kan) lama diorang pegi, . mak aku dekat rumah ni ha dah menggigil lutut curious nak tahu anak dia dapat berapa A. tibe-tibe dalam pukul 1 macamtu, MTH call rumah, dia bagitau dapat 4A. dapat je berita tu, mak aku terkesima. nak kata sedih tak jugak, nak kata gembira lagila tidak. dia macam diam sekejap lepastu dia bebel sorang-sorang. "itulah malas belajar, main handset je keje... padan sangatla dapat 4A... bla bla bla (sambil berlalu je dapur)"  aku taktau nak cakap apa. 4A JER?!!!


tak lama lepas tu ayah aku sampai rumah. ayah aku sorang je, MTH tak balik skali. katanya MTH ni pegi makan-makan dengan kawan sekolah dia. belum puas potpet potpet sorang sorang dekat dapur tadi, mak aku sambung potpet potpet dekat ayah aku pulak. frust abes anak dapat 4A. ayah aku pun layankan jelah, 



geng dekat asrama: semua hensem, kecuali adik aku. wakaka.



mak aku: itulah, dah dapat sikit nak pegi makan-makan lagi. dia pulak tumpang gembira orang. 

ayah aku: hmmm saya dah bagi 50 ringgit buat makan-makan dengan kawan kawan. takpelah biar dia tenang-tenang dulu. dah rezeki dia banyak tu je, nak buat macam mana?

mak aku: apa yang dapat A? mana slip?

ayah aku: saya tak ingatla. sains, math dia dapat A. english pun A jugak..... slip ada dengan dia.

mak aku: itulah sapik. orang suruh baca buku malas. main handset je keje bla bla bla (modal sama dengan bebel dekat dapur tadi)


ketaksuban dengan handset menjadi punca kemusnahan.....



dekat pukul 2 macam tu adik aku balik, tersengih-sengih. dalam hati aku, "eeee budak neh nak sengih sengih pulak, makan penampor jugak kang. cuba la buat muka insaf sikit" mula-mula tu, makan bebel jugakla adik aku. kahkah. tapi dia senyap je. lepastu masa mak aku diam tu dia bawak keluar slip. skali..... AMIK KAU 8 A , terkejut mak aku. dengan aku-aku skali terkejut. 

CIS! RUPENYE DIORANG DAH BERPAKAT NAK MENIPU RESULT, sume ni ayah aku punye keje, diorang plan awal-awal dekat sekolah lagi. CISSSS!!! berasap jugakla sebab kena tipu. ayah aku cakap, nak tengok reaksi mak aku. haha. seminggu tu mak aku asyik mengungkit benda samaaa je. syukur, dapat jugak 8A. tapi Arab dia C. 8A 1C? kahkahkah. sama je dengan result PMR aku dulu. 



haaa yang baju merah tu besfren adik aku, Kusyeri. diorang berkawan daripada darjah 5 lagi. dulu kecik-kecik je dua-dua naik basikal pegi tuisyen. kahkah. yang dalam gambar ni masa diorang pegi khidmat masyarakat dekat kampung orang asli mana tah.... aku dah lupe. 


macam ketua geng malaun,



ok dahla. 

Selamat Hari Jadi. 

dapat call free CELCOM tu jangan lupa helo-helo orang sini. 
bye.



10 comments:

si suraya said...

haha terbaik punya suprise ! ;)

I.Hazwani said...

ngahahaha yg baju oren tu comel. haha

LehaMY said...

Sanah Helwa untuk adik . ngeee :D

La. dah pulak terkena~ heheheh > tahniah atas keputusan PMR yang cemerlang itu~ :D

Mknace said...

:):):) terbaeekkk!!!!

d_LA said...

wahhhh..terer tol adik shira ni berlakon yer..cian kat mak tu msti penat pot pet..hp bday la tuk mek tonk hite

Aifaa (; said...

Best giler kat hostel boleh bawak laptop!
blogwalking, follow awk!
Tahniah, abg dik sme pandai. ekeke (;

cik @ien said...

happy birthday untuk adik kamu.. and tahniah jugak utk keputusan tuh.. semoga Allah redha.. amiin...

Kasih nur azie said...

hye MTH. akak ade adik tingkatan dua. cantik tau. ^-*

Syira ITIK KEJ♥M said...

si suraya;
biase2 je

hazwani;
oh baju oren tu namenye iqbal. hehe comel je. masa kecik lagi comel.

leha;
thanks.

mcnace;
ape yang terbaiknye?

dla;
mekseh2

aifaa;
haaa dah kate mth nampak lagi tua daripada aku!!!! sebab aifaa ckp dia abang aku adik, see? see?

cik aien;
thanks. keputusan setahun yang leps. lame dah...

azie;
hehe kire jadilah azie ye. hmmm ber-biras la kite lepasni....

hehehe

Faizal n Fashitah said...

Hahaha gambar yang last skali tu kelakar XD

DISABLE