24 December 2014

Vietnam Day 6 Hoi An - Da Nang - Na Thrang



Hari Keenam

Semalam dah all out, hari ni jadi malas. Lepas turun breakfast pukul 7.30 pagi, aku naik semula ke bilik dan sambung tido! Baik manfaatkan katil dengan selimut best, malam ni naik tren takde nak baring baring dah. Pukul 12 lepas siap berkemas dan jamak Zohor Asar sekaligus aku terus check out dan tinggalkan backpack dekat kaunter. Yang bagusnya walaupun dah checked out masih boleh pakai basikal. Ape kata aku pegi cycling... 


Jadi nak ke mana kah petang ni? 


Plan akupagi ini untuk ke An Bang Beach yang letaknya 2 km daripada hotel. Bawak kamera dan barang barang peribadi je. Jalan nak ke pantai tu lurus jadi senang nak mengayuh. Sampai dekat satu kawasan sawah padi yang luas terbentang, aku boleh nampak langit gelap dari arah pantai yang aku nak pegi tu. Awan kelabu bergulung gulung. Mak aih. Takpe go on je. Hari tu sebenarnya ada amaran berjaga jaga dengan ribut topan yang akan melanda Central Vietnam termasuklah area Da Nang dan Hoi An. Boleh jadi sebab tu lah cuaca macam berkabung je....

Tak lama mengayuh tiba tiba hujan mulai turun rintik tintik dan jadi makin lebat. Terpaksa patah balik ke hotel takut kamera basah haha. 




Sampai area hotel , hujan macam slow down balik so aku cycle kederetan  kedai runcit tak jauh dari hotel Sunshine tu. Beli air botol sikit, dahaga lah pulak... Lepastu aku balik lepak dekat lobi je. Hujan hujan takboleh ke mana jugak.

Kemudian dalam pukul 3 lepas dah bosan online, aku mintak reception call teksi untuk hantar aku ke bus stop. Teksi yang aku naik tu jenama Mailinh kaler hijau dia charged 20.000 dong ($USD1) ok la murah sebab pakai meter. Fair & square lagipun dekat je bus stop tu dengan hotel. 

Aku akan naik bas kuning sama yang aku naik semalam. Jeng Jeng Jeng! Adakah kena scam lagi? Berdebar nye... dup dap dup dap




Petang tu hujan lebat gila...

Teksi tak mengambil masa yang lama untuk sampai bus stop. Sampai je aku dah nampak bas kuning puaka menunggu. Tapi bukan bas yang aku naik semalam. Bas lain. Ada seorang pakcik ni datang ambik aku dengan payung (sebab hujan lebat gile) dan payungkan daripada pintu teksi terus ke pintu bas. Aku nak duduk kerusi belakang tapi kakak konduktor bas suruh aku duduk kerusi depan sekali. Tapi aku berkeras jugak, aku duduk kerusi tengah dekat pintu bas. Seat tepi tingkap. Diorang mengalah lagipun dah memang tak ramai orang pun, seat kosong banyak kot. Suka hati aku lah duduk mana pun.


[Tahu tak kenapa dia suruh aku duduk depan? Nanti kan diorang nak up harga tiket foreigner. Sedangkan, local bayar harga asal 20.000 dong. So kalau aku duduk depan skali... aku tak nampak lah berapa dong diorang kutip daripada local, dan diorang ingat aku takkan tahu penipuan diorang tu. Haa paham tak permainan dia?]


Bila bas yang lain sampai (bas daripada Da Nang), bas yang aku naik tu bergerak. Hujan boleh tahan lebatnya. Tengah melayan pemandangan di tingkap tiba tiba aku jadi emo nak menitiskan air mata pulak LOL. Kenapa, dalam dunia yang sepatutnya mengagungkan cinta dan kedamaian (world peace) masih ada insan yang tamak, menipu dan nak ambik kesempatan hah? Kita kena sentiasa berhati hati dan walau orang buat jahat dekat kita, kita jangan jadi jahat macam diorang. Bersyukurla sekadar kena scam 3,4 ringgit je. Belum lagi jumpa peragut, pengorek bijik mata manusia, operator keldai dadah, perompak......  
nauzubillah mintak dijauhkan semua tu.


Duk sekejap, konduktor perempuan datang. Yang ini muka macam Liza Abdullah haha. Aku dah get ready. Bila dia datang ke aku, aku buat cool dan hulur 30.000 dong. Dia ambik, tak kata apa-apa dan tak pulak bagi baki. Terus gi kutip kat depan pulak. Okla. Still kena paw tapi tak sebanyak semalam. Akak semalam tu memang hampeh gila cas sampai 50.000. Lepastu kan, sebelum sampai Da Nang tu bas berhenti berhenti ambik locals. Diorang duduk dekat kerusi depan. Bila Liza Abdullah pegi nak kutip duit tambang, aku perasan badan dia membelakangkan aku. Tak bagi aku nampak bahawa dia kutip 20 ribu je dengan locals. Obvious gila sikap nak menyorok tu. Aku peratiiii je. Takpayah nak sorok sorok la Kak. Satu dunia dah tahu la Kak...... Hadui. 

[Faith in humanity : LOST HOPE]


Arriving Da Nang

Sepanjang perjalanan dari Hoi An ke Da Nang hujan selebat lebatnya tak nampak pemandangan apa pun. Memutih je. Aku bagitau nak turun dekat Ga Da Nang (Stesen Keretapi); dan bas berhenti di satu simpang. Agaknya bas tu tak lalu depan stesen kot. Tempat aku diturunkan tu kaki lima kedai, jadi tumpang berteduh dari hujan kejap.


Di jalan raya motosikal masih tak putus putus walaupun hujan lebat dan semorang memakai raincoat bewarna warni. Comel je. Sesuatu yang payah nak nampak di Malaysia. Aku memang tak boleh nak ke mana mana sebab hujan masih lagi turun mencurah curah. Kebetulan ternampak seorang nenek tengah menyapu lantai kaki lima depan kedai dia yang berlumpur disebabkan hujan. Aku nampak ada raincoat bergantungan dalam kedai nenek tu. Terus aku pegi tanya. 

Can I have that? *tunjuk pada raincoat

Nenek tu senyum, dan dia ambik yang kaler pink bagi pada aku. 

How much? Bawak keluar not not 5000 dan 10000 yang bergulung, dan dia mintak not 10000. Diberinya baki dalam 3000. Harga raincoat dalam seringgit gitu lah. Lepastu nenek tu pegi sambung menyapu. 

Aku terus keluarkan raincoat daripada plastik dan pakai , tapi susahla pulak dah backpack besar dekat belakang dengan sleeping bag lagi bergantungan nye. Tak semena mena nenek tu letak penyapu, datang balik dekat aku dan tolong pakaikan raincoat tu. Dia selubungkan backpack belakang elok elok, betulkan topi raincoat tu elok elok dekat muka aku... Lepastu ikatan tu macam tak kemas, so dia betulkan beberapa kali dan tanya ok ke tak? (dia tanya dalam bahasa Vietnam haha aku tak paham pun tapi aku bajet tu lah maksudnye haha). 

 Mata aku berkaca. Rasa terharunya... Rasa macam dihargai dan disayangi. Disebalik manusia manusia yang menipu, masih ada lagi yang hati suci dan ikhlas menolong. So... never ever lose hope with world peace ok? dan kita kena jadi sebahagian daripada world peace itu. 

[Faith in humanity : RESTORED]

*Gambar sekeping pun takdok sebab kamera, fon semua dah balut dalam plastik sorok elok elok dalam backpack takut kena hujan. 


Stesen keretapi memang tak jauh. Belok simpang tu terus nampak. Tapi baru pukul 4 petang. Tren aku pukul 10.50 malam karang. Awal lagi kot. Haa ape kata gi lepak makan KFC dulu??? Hujan hujan macamni perut yang dah sedia lapar bertambah lapar. Daripada simpang stesen keretapi aku berjalan kaki ke KFC. Aku duk bajet bajet macam dekat, rasenye haritu aku pegi macam dekat je tapi sebenarnya boleh tahan jauh jugakla setengah jam jalan kaki wei!!! So imagine a mini human wrapped in pink raincoat from head to knees with 7kg backpack at the back walking by the busy streets under mild rain. MADNESS! Kegilaan apekah ituuuu??? Letih gilo mu tahu dok?!! Gigih nok mapuh cari KFC hahahaah



Dah sampai KFC aku macam bersyukurnyaaaa!!!


Nampak tak hujan dekat bawah tu? Makanan aku dihantar oleh sorang waiter ni sebaya adik lelaki aku. Dia kata dia perasan aku sebelum ni datang makan, lepastu berborak la kitorang... Dia tanya asal mana, travel sendiri tak takut ke apebende semua. Siap mintak nak add facebook pulak haha. 




Veggie Burger sampai 2 bijik, Coslaw dengan Milo taknak ais. Total 73.000 dong.


Masa dekat KFC , mentol bercahaya tumbuh atas kepala aku dan aku terpikir satu idea. Alang alang aku ada beberapa jam lagi sebelum naik keretapi, apa kata aku check in je dekat hostel Funstastic Danang yang aku stay haritu? Sekarang belum pukul 6, cincai cincai aku ada dalam 4 jam ++ lagi so kalau aku masuk dorm boleh la tidur, rehatkan belakang, mandi, tukar seluar, solat... Lagipun seluar aku dah separuh lencun kena air hujan. Memang dah kotor. Rate dia pun takde lah mahal sangat, 150.000 dong je dalam RM25. Aku rasa berbaloi bayar sebanyak itu untuk duduk di satu tempat yang selesa dalam masa beberapa jam sebelum aku board tren. 


Funstastic Danang Hostel tu kedudukan di tengah tengah antara KFC dengan Stesen Keretapi. So dari KFC aku jalan kaki 10 minit dah sampai Funtastic Da Nang. 





Yang jaga reception ialah the same cute guy yang jaga reception when I was checking out the hostel before. Muka dia macam hero cite Korea, the-guy-next-door kind, jambu jambu gitu. Dia punya English comel je sebab American accent hik hik. 

Bila aku ke kaunter dia macam, Eh its you again! Hi! *OMG dia masih ingat aku

Hello! Yeah its me......  Urm...Do you still have a bed in female dorm for tonight? 

Check sekejap... Yes there is one for you

Urm I'm a going to catch a train at 10 tonight so I'll just need to stay for 4 hours. So......... can I get half price or something? hehehe *sengih sengih

Oh. Actually you don't have to take the bed. You can put your bag here, use our bathroom and then you can sit in the common room. For free. *Haaa baik nye! 

Ermmm.... Panjng erm aku.

But if you still need to use the bed then you still have to pay full price. *Senyum manis

Its okay then. I'll just take the bed. 




Lepas bayar 150.000 dong aku dibawa masuk ke dorm. Aku kena ambik katil jugak macam macam mana pun sebab nak baring dan tido! Lagipun nak solat, nak tukar seluar apebende lagi so je memang dah expect akan bayar full pun. Cuma tak sangka receptionist tu boleh bagi cadangan untuk use the bathroom for free. Padahal kalau nak untung boleh je dia promote suruh ambik bed kan. Aaaaa baik budaknye (mata berkelip kelip bercahaya ada love love) 


Kali ni aku dapat katil atas, sebab 5 katil lain semua dah penuh. Punyalah sengsara gemuk gemuk macamni nak memanjat  sebab katil dia tinggi! Aku mandi, solat lepastu baring dan tido. Tapi susah pulak nak lena. Sebilik dengan aku awek awek mat salleh, bila diorang masuk diorang bukak lampu, tutup aircond lepastu bergosip pasal lelaki. Haih. Aku secara tak sengaja tercuri dengar pulak. Oooo macamtu gaya nya mat salleh mengumpat ye? haha. Dekat dekat pukul 850 baru aku tertidur kot. Pukul 10 bangun, bersiap dan terus angkut backpack untuk check out. 




Aku mula berjalan kaki ke Stesen Keretapi Da Nang jam 10.15 pagi. Pakai balik raincoat padahal tak hujan dah. Sebagai penyamaran local haha.




Walaupun reception boy tadi cakap it is completely safe to walk to the station tapi aku ada jugak perasaan cuak berjalan sorang sorang waktu malam. Dah pukul 10 kot. Tak biasa aku buat keje macamneh. Tawakal je lah. Pisau ada dalam poket LOL. Jalan tu bunyi motor sikit terus pandang kiri kanan belakang, paranoid gila dahla jalan laju. Oh, satu lagi nasib baik sebab tak jumpa anjing liar. 




Alhamdulillah sampai pun di Stesen Keretapi! Aku beli coke dengan air botol buat bekal dengan raincoat tak berbukak, pakcik penjual tu cakap dengan aku dalam bahasa Vietnam KAH KAH penyamaran sebagai local berjaya!




Manusia dah ramai menunggu, tren SE7 pun dah sampai sebenarnya tapi aku duduk sekejap. Bukak raincoat, buang (sebab dah terkoyak), dan keluarkan tiket tren daripada beg. Lepastu update lokasi dengan mak melalui Whatsapp. Sini ada wifi laju. 


Reunification Express SE7
Da Nang - Na Thrang
Ticket Fare: 367.000 dong


Coach 7 , Soft Seat

Dalam koc tu penuh dengan manusia dan takdok muka muka yang familiar. Takde muka Melayu. Aku sorang je yang pelik dalam tu. Seat aku tepi tingkap dan dekat sebelah ada sorang pakcik awal 40an. Lepas setengah jam keretapi bergerak dia dah mula berdengkur. Itu aku tak kisah masalahnya dia letak dua dua lengan dia kiri kanan dekat bende pemisah sisi kerusi tu.... Adoi pakcik ni. Dahtu aku takboleh nak lipat siku aku takut terkena lengan dia. Lenguh wey. Sepanjang malam mengadap ke sebelah kiri dan sandar kepala pada sleeping bag. Tido tido ayam je pun...


Since aku dah beli split ticket, besok 8.35 pagi bila tren berhenti di stesen Na Thrang , aku akan bertukar ke hard seat coach iaitu koc nombor 2. Aku rasa walaupun kerusi dia kerusi kayu 90 darjah tapi lagi selesa sebab tak compact macam ni.. Takpe...

Ada 16 jam lagi!!! Bertabahlah! 


Selamat Malam daripada Tren SE7!




4 comments:

Travelog MY said...

Lain kali you buat-buatlah mengigau terlanggar lengan pakcik tu hehe

chekgu Bani Hassim said...

memang salute la tgk backpack traveller cemni...
perempuan lak tu....
hebat!

I. said...

hi, tumpang tanya.
awak pakai camera apa eh?
lawa gambar2 awak.
boleh share model kamera apa?
thanks :)

kedekuttraveller said...

suka ngan posting travelling awak. interesting gila. dulu muda2 travel cam awk tapi tak pernah nak keep track story pastu gambar2 pun hilang nanges jap.now baru ada akai nk corat coret dlam blog so boleh simpan. baru terkial2 nak cuci gamba2 tapi terlambat sbb phone semua melingkup (T.T)
plus dah kawen nak g memana kena mintak permission husband n luckily dia jenis sporting melayan bini suka merayau tapi kena g dengan dia la ... tak thrill cam awk dah la. i miss those moment jalan n merayau ikut kaki n hati

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE