20 December 2017

South Korea Summer Day 2 – Train to Busan



Let’s go to Busan! 

Okey asalnya Busan is not in my plan at all, nak round Seoul je. Tapi kemudian aku tukar plan. Rasa macam rugi pulak kalau abaikan Busan on summer days. Because who doesnt visit Busan on summer? ehe. 



Aku check out daripada Itaewon Inn pukul 615 pagi (THANK GOD I WANT TO LEAVE THAT PLACE ASAP LOL!) dan terus berjalan seret luggage ke Itaewon Station. 


Itaewon – Seoul Station


Seoul Station


Sebelum naik tren sempat beli bekal Banana Milk lagi 2 botol. Muak sebenarnya tapi tak tahu nak beli ape. Minum sebotol dah rasa geli geliman. 

Seoul (717AM) ----------Mugunghwa Train---------Busan (1243PM)

Kalau nak cepat, boleh naik KTX (keretapi laju) perjalanan selama 2 jam setengah harga dia lebih kurang 56000WON Seoul – Busan. 




Tapi kalau nak jimat dan murah boleh naik Mugunghwa train yang aku naik ni cuma 28000WON tapi perjalanan dia agak lambat iaitu selama 5 jam setengah.




Pemandangan sepanjang perjalanan - kebun buah, pekan, perumahan dan sebagainya... Half of the trip aku dah terlelap... hahaha




Sampai di Busan Station, aku pergi tukar kupon yang aku dapat daripada KTO dekat kaunter dalam stesen tu. Dapat free metro topup worth 5000WON. OK lah kan daripada tak ada. hehe. 


Lepastu, jalan kaki ke SO HOSTEL BUSAN. Dekat je dengan station dalam 5 minit jalan kaki. Tapi pukul 300 petang baru boleh check in. Adui lambat lagi. Takpelah. Aku tinggal luggage je, lepastu keluar balik untuk berjalan. Lokasi pertama: 1) Al Fattah Mosque

kena naik metro dari Busan Station ke Dusil

Boleh tahan jauh jugak perjalanan nak ke Dusil, 35 minit. Dahla baru turun dari train tadi kan, pening pening pun tak hilang lagi haha. Tapi takpela, nak melawat masjid punya pasal (dan cari makanan halal heheheh). 



Direction to the mosque is very easy actually. Dalam 5-10 minit jalan kaki. 


1) daripada Dusil Station, keluar dari Exit 8.
2) Jalan lurus sampai jumpa simpang (ada signboard Islam Centre)
3) Belok kanan. Cross jambatan tu.
4) Jalan lurus sampai jumpa simpang lagi.
5) Belok kanan sekali lagi and you’ll see the mosque gate.


Mula-mula masuk, aku mencari toilet. Dekat bahagian bawah masjid (macam living room Islamic centre tu) ada sorang mas Indon, muka macam Afgan gitu dengan sorang lagi perempuan Arab diorang tengah berbual serius. Diorang nampak aku, dan bagi salam. Aku tanya toilet perempuan. Toilet perempuan rupanya, di dalam sebuah bilik. 




Bila aku masuk bilik tu, terkejut aku sebab macam rumah orang. Ada sofa, TV ape semua lepastu dalam toilet dia ada sabun cuci baju lah sabun cuci muka lah . Tapi, bersih. Ada paip air semua. Selesa gila nak menyelesaikan hajat rasa nak menangis haha. Ambik wudhu pun dekat situ, dan aku naik ke tingkat 3 masjid untuk solat jamak Zohor & Asar. Ruangan solat perempuan dekat tingkat 3 ya. Aku sorang je, takde jemaah lain. Telekung tak disediakan. Nasib baik bawak telekung sendiri.

Alhamdulillah berpeluang solat Zohor dan Asar sekali dekat masjid Busan pulak hari ni. Feeling solat dekat negara yang Islam negara minoriti ni lain macam sikit...




Dah selesai solat, masa untuk makan horeyyy! Aku dah lapar gila dari pagi tak makan. Sekarang aku nak makanan yang penuh, boleh? (full-set meal)




Dekat masjid tu ada 2 restoran halal, iaitu Cappadocia & Morocco Casablanca. Aku pilih Morocco. Gamble je. Restoran dia dekat tingkat atas, bangunan depan masjid tu...




Duduk, tengok menu dulu. Nak order apa ya? Nak order makanan Morocco yang pelik pelik ni takut tak kena dengan tekak… nanti lapar, duit pun habis. So kena buat pilihan dengan penuh berhemah dan menggunakan akal fikiran yang waras. 




Selepas bermuzakarah dengan diri sendiri, aku order Chicken Berbeque je. 8000WON.

Masa mula-mula duduk tu, sebelum aku bagi order, waiter dia hidang mint tea (seteko kecik) dengan kacang rebus in olive oil. Mint tea is soooo good memang aku habiskan seteko tu haha. Appetizer ni takde charge pun, termasuk sekali dalam 8000WON tu.




Review dia? Nasi sedap, tak melekit melekit just nice macam nasi tempat kita. Ayam tu goreng kunyit je, bukan ayam barbeque pun... tapi ada rasa, okla macam ayam goreng kunyit dekat Malaysia. Rasa rempah light light je. Kuah tu rasa tomato, tak pedas pun. Macam kuah spageti. And, diorang bagi salad – carrot, timun jeruk, and lada jeruk. Aku suka timun jeruk dengan lada jeruk tu so so much aku habiskan semua. Timun jeruk dia manis sikit.

Very satisfied!

WIFI pun ada dekat restaurant ni. 

Plan asal, lepasni  aku nak pergi Oryukdo Skywalk. Tetiba aku jadi malas haha. Tukar plan pergi Sealife Aquarium dekat Haeundae Beach. Masa dekat restaurant tu jugak aku beli tiket online. Aku beli melalui FuntasticKorea website dapat 17100won (RM66.13). Itu discounted price, harga asal 24000won. Bayar pakai credit card. 

Ok dah kenyang, bolehla balik. Daripada Dusil naik metro ke Haeundae. 



Sekarang kita pergi 2) Haeundae Beach




Tak susah nak cari direction ke Haeundae Beach... Ikut je orang ramai ramai tu... hahahh




Ada event apa entah. Ramai orang disitu...




Haeundae Beach


Sepatutnya daripada jalan raya, aku kena belok ke kanan untuk pergi SeaLife Aquarium. Tapi aku belok ke kiri. Jauh gila menapak! Aku rasa aku dah berjalan dalam 1km, kemudian patah balik… barulah sampai aquarium tu. Kaki aku dah macam longlai. Adoi. 




3) SeaLife Aquarium Busan

Nak satu satu benda dalam tu macam boring pulak, aku letak gambar sikit sikit je lah ye. 







Akuarium ni adalah yang terbesar dekat Korea. Tapi, kalau dibandingkan KAIYUKAN AQUARIUM dekat Osaka, I love Kaiyukan moreee sebab tank dia lagi besar siap ada anak paus dalam tuh like seriously! But this one is fun enough and worth visiting.




Tiba tiba ada lembaga yang sibuk nak bergambar sekali... siap terkuak kuak tangan (?) dia




Aku keluar daripada Aquarium dalam pukul 700PM. Terus berjalan ke Haeundae Station dan balik semula ke Busan Station. 




Aku tak balik terus ke hostel. Sempat menyinggah LOTTE untuk dinner. Makan lagi?

okey, untuk pengetahuan LOTTE tidak ada sijil halal official tapi dekat sini tiada menu pork/alcohol. Makanan yang berasaskan daging (burger ayam/ lembu) of course tak halal kan, tapi kalau korang yakin boleh order shrimp burger ataupun kentang. 

Aku order shrimp burger (3400won) dengan coffee latte (1500won).

ok. lepastu baru balik hostel untuk check in.


SO HOSTEL BUSAN

6 bed female dorm/ 17100WON (RM66)

Hostel Review:



Pro – Very clean room, bedsheet dia cute gila weh (dan tebal) jauh beza dengan Itaewon Inn semalam. Bilik berbau wangi dan deco ala-ala hipster gituh. Plus point, masa aku stay tak ada orang lain aku sorang je and I GOT THE WHOLE ROOM FOR ME YASSS! Its all-female floor tak campur lelaki. 

Dari segi location pulak, sangat dekat dengan Busan Station, so senang bergerak ke mana mana. 




Cons – Shower female dekat reception floor, shower dia mamang cool gila siap ada cermin bersolek besar and lighting macam bilik makeup artis. Tapi shower room takde pintu. Just kain selak selak macamtu je. So seram. Malam tu aku ingat nak mandi, tapi masa tu takde orang lain, ada 3 guys pekerja reception tengah main game dekat reception tu. HMM TAK JADI NAK MANDI. MANDI ESOK JELAH huhuhu. Tapi toilet ada dekat every floor okay?


okay goodnight esok kita jalan jalan lagi.


2 comments:

amira faqihah said...

pergi hari tu tak sempat pun jejak masjid fattah tuu T.T nampak cantik dlm gbr !

Fatin Shahrizam said...

Cantiknyaa. Teringat pulak cerita train to busan.

DISABLE