28 December 2017

South Korea Summer Day 4 – Dongdaemun



Baik. Lepas mandi, rehat sekejap di bilik. Aku keluar semula kira-kira pukul 6 petang. Hajat di hati hendak ke Dongdaemun nak cari baju untuk pakai esok. Seriously guys, aku tak bawak banyak baju untuk trip kali ni sebab nak elak daripada bayar luggage. Luggage 20kg one way RM102 kot, baik aku takpayah bawak banyak baju dan gunakan duit tu untuk beli baju dekat Korea je. Ada jugak hasilnya kan. Aku ambik luggage flight balik je.


Turun je dari hotel… masa lalu food street dekat Myeongdong tu sempat lagi tapau Egg Bun (Gyerang-bang) seketul for 1500won. Nasibla. Best gila benda ni. Bau pun wangi je. huhu.




Daripada Myeongdong, naik metro pergi Dongdaemun station. Tak jauh, less than 10 minutes.


Aku ada terbaca pasal Dongdaemun Fish Alley yang menjual ikan bakar. Aku bajet nak survey dulu, tengok OK tak. Kalau OK baru aku singgah makan. Daripada Dongdaemun station, berjalan kaki sepanjang Cheonggyecheon Stream sebelum sampai dekat Dongdaemun Fish Alley.




 Parit macamni pun air bersih je.



Dongdaemun Fish Alley



Ok mula mula masuk tu aku dah suspicious lorong apebende ni macam black market jual organ manusia je haha. Duk survey survey tu… skali ada sorang aunty ni tarik aku masuk ke kedai dia, dia cakap come come… muslim muslim. Bila aku duduk dalam, ada 4 orang perempuan bertudung tengah makan, tak sure Indonesia ke Malaysia. Diorang tak nampak macam pelancong but more like students dekat sini. OK lah.




Untuk makluman, kedai dekat Fish Alley ni takde pensijilan halal JAKIM secara rasmi ye luls. Tapi mereka cuma menjual menu nasi bersama ikan bakar. No meat. Ada setengah kedai serve alcohol, kedai yang aku masuk tu takde alcohol. So, the choice is in your hands. Kalau rasa ragu ragu takpayah masuk.


Aku order berdasarkan recommendation daripada Have Halal, Will Travel website – Set Half Grilled Mackerel 7000won.



The meal consist of – 1) Main dish: Mackerel bakar 2) Side dish: Kimchi, Lobak/sawi masak air, Taugeh pedas, Daun mende tah besar besar macam daun sireh, aku tak sentuh pun geliii 3) Sup – rasa dia macam masak singgang 4) Air sejuk kosong





IKAN BAKAR DIA SEDAPPP TAK TIPU. Actually I was a bit scared kalau ikan tu hanyir, last last tak dapat makan, tapi nasib baik tak hanyir langsung. It was nicely grilled. Kimchi dia pun sedap I love kimchi soooo much aku mintak tambah (side dish boleh tambah free of charge) side dish lain tak best sangat, daun tu sebenarnya untuk balut nasik, kalau pandai makan pakai chopstick ok la nak balut balut aku tak pandai, tu pun pakai sudu.

Ok selesai makan (makan lagi!)

Seterusnya, misi cari baju sambil jalan jalan!





Dongdaemun ni actually menempatkan banyak mall-mall moden, mall tak moden dan gedung-gedung jualan, samada untuk retail mahupun wholesale. Harap harap ada la baju yang cute untuk aku beli sehelai dan pakai esok. Kalau takde… nampak gaya kena ulang pakai baju yang mana ada je.





Aku masuk mall moden, mall tak berapa nak moden, usya penjaja tepi jalan… Tapi tak jugak jumpa baju yang berkenan. Entahla. Pesen dekat sini kan, kebanyakannya macam blouse daripada kain licin yang kakak kakak/ makcik makcik pakai macam drama korea tu. Last last aku tak beli pun. Aku taknak beli baju dalam keadaan terpaksa. Kalau dah takde takpelah. Pakai jelah mana yang ada. Lagipun aku cari range harga 20,000 won (lebih kurang RM75) ke bawah je...


Lepastu menyeberang jalan pergi Dongdaemun Design Plaza (DDP).




Dalam ni ada art galleries rasanya, tapi sebab dah malam so tutup. Jalan jalan sekeliling tu je ambik angin. DDP ni bangunan yang baru siap dibina dalam tahun 2013-2014 kalau tak silap aku...





Design dia memang nampak futuristic gitu.





Jalan lagi, jumpa taman bunga LED. Sempat lah snap snap kejap hehe.







Lepastu balik semula ke Myeongdong.




Jalan jalan lagi. Myeongdong ni tak pernah membosankan especially bagi orang perempuan. hehe. Keluar masuk kedai skincare dengan kosmetik. Tapi tak tahu nak beli apa. Blurrr.




Last aku masuk sebelum balik hostel, outlet Nature Republic. Last last kau tahu… aku beli air sunkist je. Sebab diorang jual murah 1000won sebotol. Hmmm... Orang lain masuk Nature Republic berebut beli kosmetik, aku beli air Sunkist je. Alahai. Takpelah. Esok masih ada. Janji dah dapat plastic bag Nature Republic hahahah. 


bersambung...


No comments:

DISABLE