10 December 2010

Hari Berkeliaran dengan Diana Arshad



semalam aku keluar pergi Mines. berdua je. kedai makan dalam UPM semua tutup(alasan), maka terpaksa keluar cari sesuap nasi dekat Mines yang terletak berbatu-batu jauhnya, kesian tak ? sampai aje terus serbu KFC  macam manusia kebulur yang sebulan takdapat nasik lalu mengorder Snack Plate dengan 3 Layer Tea. snack plate agak membosankan di situ, tak abes makan pon. nasib baik 3 Layer Tea sedap gile. 


lepas makan, kitorang tengok wayang pulak. cite Rapunzel. tapi tiba-tiba tiket naik harga, dulu Wednesdays boleh dapat RM7 tapi sekarang dah jadi RM8. mencengkadah betol. (mencengkam darah). tapi cite ni lawak gile, aku gelak je manjang. visual cantik, rambut rapunzel tu pun nampak macam real je... nasib baik movie ni best. lagi best daripada Harry Potter haritu. kalau takbest... aku pegi simbah jugak TGV Mines yang baru renovate tu dengan minyak petrol. 




lepas tengok movie, aku ternampak sesuatu dari atas....



kampong Mr. Bean !!



terus buat muka ceria lalu pergi snap gambar...







dapat dekat aku kete camnih sebijik, bangga satu kampung


lepastu aku pergi usha-usha handset dekat top floor pulak. handset lama aku ni ha, sekejap buleh on sekejap mampos, ai... rasa macam nak campak je dalam telaga. tup-tup kalau trade-in, boleh dapat $100 rupanya! wakaka. masih bermaruah rupanya handset aku ni ha. ingatkan takde harga diri dah. hmm... nokia c3 nampak cambest, tapi qwerty pulak. maunye pat lima minggu jugak baru pro menaip mesej, aku bukannye reti pakai qwerty qwerty neh. kekampungan la katakan... usha punya usha, tak beli pon. haha. kesian apek jual talipon tuh, macam nak nangis je. punyala penat explain huha huha segala macam benda last-last tanak beli. jap ea apek. saya balik pikir dulu....




ps: anyone ada suggestion handphone yang best-best tak? harga below RM500. design wajib yang comel-comel. touch skrin takmau. kalau boleh nak yang ada sound system bagus, (wah nak yang best aje, tak sedar diri. padahal bajet rendah) kamera bese-bese pun takpe. ada suggestion tak ? aku kalau bab-bab gadget ni ketinggalan sikit la. thanks. :)


7 comments:

Fay said...

tak dapat nak tolong. telefon pun masih model 80-an lagi.

eh haritu pernah survey hp. samsung punya mcm best. x ingat lah model ape. tapi cantik. :)

twinkle twinkle said...

kg mr bean?haha unik

ikhwan kasim said...

adew2...
pm for more info....
hehheheh...

ikhwan kasim said...
This comment has been removed by the author.
Encik Tikus said...

comelnya lah muka kau,, keh keh

WZulhilmi said...

Siyes aku mmg teringin nak pegi mines. T___T.

ak x reti lah hp2 nih. apa kata ko survey sendiri kat kedai2 dia. Lagi senang. boleh picit2 secara live lagik!

eik`S noName said...

owh begini jadinya jika ITIK KEJAM berkeliaran...ahaks

DISABLE