05 December 2010

Bergelumang dengan Haiwan Ternakan


suatu hari selepas habis syif bekerja pada pukul 4 petang, aku dengan colleagues (teman sekerja) telah berkeliaran ke Pameran Haiwan Ternakan di expo MAHA. (ok minta maaf, belum kasi intro apa-apa terus masuk main point. sorry nak cepat nih) sebenarnya kalau setakat lembu kambing tu hek eleh aku boo-kan aje. dekat kampung aku berlambak-lambak dah populasi lembu dengan kambing, lagi banyak daripada populasi manusia. tapi diorang la... beriya menguar-uarkan dekat aku bahawa lembu kambing dekat sini bukan jenis bese-bese. tapi stok superb, jenis yang boleh masuk majalah MASTIKA tu ha. aku pun layankan ajelah...


 berduyun-duyun manusia. ada kasi bubur lambuk free ke?


bila sampai kat sana aku pulak yang beriya amik gambar. eh eh maluw ai taw. walaupun feberet animal ai ialah monkeys tapi lembu kambing biri-biri seladang etc. etc yang bersifat ternakan not bad juga. agak-agak nak makan sup gear box ke satay daging ke ... boleh amik sekor bawak pegi semelih. 


sekali kau kena tendang dengan menatang ni, koma sebulan pun belum tentu boleh sedar balik. besar gilaaa!



ni lebih kurang lembu kampung aku je neh.





 snap laju-laju supaya tidak ada sesiapa perasan bahawa aku bergambar dengan lembu


yang ni le yang aku cakap sedap buat sup gear box tu...




 lembu cilakak, disuanya bontot dekat kamera aku? terus aku lempang wajah lembu tersebut kerana bersikap biadap yang melampau.




seakan-akan memboikot kekejaman aku terhadap sahabat mereka, lembu-lembu lain bertindak memalingkan wajah daripada lens kamera... 


(takut kena lempang barangkali?)


selepas puas aku menyogok dengan rumput import daripada New Zealand, pose terbaik yang berjaya disnap hanyalah yang ini. dahla nampak muka separuh, lepastu lebih kepada unsur kelucahan pula =_='


spesies biri-biri pun tidak terkecuali nak menyombong...


yang ini pula buat-buat busy.


aku mula merasa malu dengan tindakan mendera haiwan ternakan lalu memohon maaf (apologize) kepada mereka semua. nasib baik diorang cool je dan sanggup maafkan aku...


lalu memberikan pose yang paling comel di muka bumi.


spesies kambing gurun bagaimanapun takmau masuk campur dan kekal berkecuali...


bye ! :D



 ps: alah gambar dengan member ramai-ramai dalam kamera Eton! Eton cepatla transfer! cepatla cepatla (merayu sambil melutut)


10 comments:

WZulhilmi said...

weh! ko nak tau. ak hari tu pergi MAHA! tapi lalu depan pintu UPM je lah.. MIahahah.. Tapi mak ai! Kereta berderet dari luar! Gila!

Hunny Maldini said...

wahhh cambest ahh!

Kasih nur azie said...

saye jatuh hati dgn gear box itu

Anis izyan Abd Rahman said...

MAHA !!
haha
lembu tuh kalo ade blog...mesti die suke kan~

Faizal n Fashitah said...

Fuyyooo...lembu kat pic atas tu lembu ke seladang?? besar gilerr...

natashacherahim said...

byknyee lembuu

cEro said...

aku dok nak pegi nak pegi, last2 dah last day!
mmg hampa!

-telordibasuh- said...

maha best..tapi tensen jam dari tol serdang hahahaa...nak balik sepang kene ikut jalan jauh

akiN aMar said...

wah..bestnyer...
sy g Maha...xtgk pape pown..huu
dh la dgn jem berjam2...pergi makan jer..huu;(
kire ok la kn..redah je la..hehehe^_^

rieyana ynn said...

wah...dah ramai owg g maha...tp jauh sgt dgn tempat yana...;d

DISABLE