14 December 2010

Sukarelawan Hari Iktiraf Felda 2010


10-12 Disember yang lalu aku jadi sukarelawan untuk Karnival Iktiraf Felda 2010 dekat Putrajaya. suka, suka jugak. rela, rela jugak. tapi elaun RM50 sehari tetap masuk. elaun tu yang penting, elaunhehe... so lepas habis keje dekat MAHA, rehat sekejap, sambung keje dengan iktiraf pulak. yang bestnya jadi sukarelawan ni selain dapat duit, dapat penginapan free, makan free, dengan tshirt free 3 helai. kaler green apple, oren, dengan kuning, cute gile. tapi macam biasa, asal dapat baju free je mesti aku dapat saiz yang besar-besar gedabak. sape suruh takmakan sayur masa kecik, kan pertumbuhan dah terbantut. lepastu baju besar, nak komplen salahkan orang lain.T_T


nah amik kauuuu, lain kali kalau nak kasi baju dekat aku kasilah saiz XXXL terus. 


ramai jugak student upm yang join jadi sukarelawan ni. kitorang semua dibahagikan ikut biro, aku under biro goodies. first day hari jumaat kitorang siapkan 2 ribu beg goodies. keje kacang. letak pen dengan tangan-besar-buat-melambai masuk dalam beg, dah siap. alah senang. tapi bau beg tu kau, toksik gila. agak-agak kalau dua tiga bulan mengadap bau toksik macamtu, boleh kena kanser kot. dalam pukul 2 camtu siap, akak supervisor kitorang tu belanja makan lepastu terus dia hantar balik upm. dia cakap, kalau ada keje baru dia inform. 


panas gila. berkedip-kedip bijik mata aku. (klipah-klipah)


second day, kitorang bergerak ke tapak karnival pukul 9pagi, mendapati rupanya keje akan start belah petang. doi. untuk mengisi masa lapang aku dengan Yana yang sama bahagian goodies berpusing-pusing dekat tapak karnival. beli keropok, beli air, beli aiskrim. perabih duit macam tu je... pukul 1230 kitorang dah rasa mengantuk. menapak punya menapak, sekali terjumpa surau. landing baik punya sampai pukul empat. haha. pukul lima baru start keje. ingatkan keje apa? rupanya angkat kotak-kotak piala je, dengan uruskan sijil peserta sukan... terus setel. 


(team goodies bag: Zana, Yana, Syira, Yana, Bulin) lepas siap keje, kitorang tengok peserta Walk for Gaza yang hampir sampai ke penamat... 


Walk for Gaza


jalan teruih, jangan kona-kona. 


beratus jugak yang join walk ni kebanyakannya warga Felda. diorang start berjalan daripada Masjid Putrajaya hingga tapak karnival dekat belakang Istana Kehakiman. pelepasan oleh Tun Dr. M


kemudian kitorang nampak sesuatu yang besar dan comel. terus excited nak bergambar bersama. rupanya menatang a&w ni harapkan muka je comel, tapi bau macam longkang. hapak semacam, baju tak basuh ke haaa? kesian kitorang semua terpaksa tahan nafas masa snap gambar... 


dalam pukul 6 lebih kitorang balik UPM dah. 


malam tu ada konsert artis. aku pergi dengan Yana lagi. sampai aje dekat tapak, kitorang berdua terus masuk khemah urusetia. bajet nak jaga cenderahati (memang takde orang jaga pun) padahal nak tengok artis. artis yang buat persembahan kebanyakkannya duduk dalam tu woi. tapi takdelah artis yang glemer sangat pon. musmay, rahim maarof, abang Bang Bang Boom, abon... diorang start je head-banging goyang-goyang rambut, aku dah menguap semacam. mintak maaf la rock kapak ni tak kena dengan jiwa. aku malas nak pegi sebenarnya. tapi yana yang beriya mengajak, nak tengok musmay kot? korang kenal musmay tak?huahuahua






inilah Mus kumpulan May



third day, pun takde keje. supervisor kitorang memang takde inform apa-apa. cuma belah malamnya ada makan-makan sikit lepastu terus acara penyampaian sijil dengan elaun. he he he. (garu2 tapak tangan) 


terima kasih banyak-banyak kerana bagi aku peluang untuk join sukarelawan ni. :D



9 comments:

Kasih nur azie said...

asyik baju ijauu aje. ntah2 baju ko pon same bau dgn aNw punyer baju tau. nk tgk lagi dua kaler plzz

Syira ITIK KEJ♥M said...

kasih nur azie,
lagi dua baju kuning ngan oren tak ambik gambar pon....

Azah Skaliskala said...

wah, nampak mcm seronok! bagus, teringin plak jadi sukarelawan :) goodies smpai 2ribu, banyaknye...mst penat, sy ade buat doodle atas 200 boxes sebagai goodies, nk pengsan ada. ni lagi 2000 @_@

kecik je "Itik Kejam", comel ^_^

Syira ITIK KEJ♥M said...

azah:
haa tau. syira ade nampak boxes tu. comel gile! azah mesti lagi penat nak lukis boxes tu satu2.... yg goodies ni nak isikan je... buat ramai2 sekejap dah siap. tapi kalau melukis perlukan ketelitian. sangat kagum ngan u !!!

:)

eik`S noName said...

owh...nice sukerelawan...baju cantik toi...nak selai...ahaks....

Hanisah Safian said...

rajin nye jadi sukarelawan..tahniah! hoho :D

nana cHan said...

eh syira bdk upm jgk eh? woah

Hisyam said...

waaa.. nasib baik syam x pergi.. ada gak kawan ajak pergi karnival tu.. student unimap bermalam kat UPM.. kalau syam p mesti ada peluang nak jumpa syira..

missSenget said...

my lil bro pn join program ni..

die pakai baju oren xsilap..

DISABLE