30 August 2010

Petrosains (Part 2)


(sambungan)


PETROSAINS !

silalah bertepuk tangan kepada manusia yang jakun gila ini. seumur hidup aku belum pernah masuk Petrosains. (wahaha) jangan salahkan aku, kau pergi salahkan Guru Besar sekolah rendah aku dulu sebab tak anjurkan lawatan sambil belajar ke Petrosains. =_=' lepas berkira-kira nak masuk ke tanak, nak masuk ke tanak, aku pun pergilah membeli tiket dengan RASA BANGGA yang amat. 

sekarang aku hendak kasi kau task. cuba perhatikan apa yang tidak kena pada tiket di atas? 


YAAAA BETUL! AKU PAKAI TIKET STUDENT MENENGAH!!! PADAHAL DAH TUA BANGKA, UMUR DAH MASUK 20 PUN, LAGI SETAHUN BOLEH PERGI MENGUNDI! 


aku tak tipu usia ke apa okayy, akak kaunter tu yang tibe-tibe pergi tick dekat (13-17 tahun) aku nak buat cane? aku diam-diam jelah... siot je dapat tiket student, less 5 ringgit tuh! wahaha... 


maybe sebab PETROSAINS tu untuk budak sekolah, macam MUSTAHIL orang dewasa nak masuk tempat macam tu kan, so dia assume aku ni budak sekolah nak amik SPM la kot. kononnya datang Petrosains nak  belajar fizik. takpun akak tu tengok saiz ketot aku ni sepesen macam budak sekolah je kan... wahaha tapi takpelah. untuk sedapkan hati aku rase, sebab yang paling utama ialah muka aku kelihatan awet muda. cehhh poyo abes. ni first time ketinggian aku menyenangkan hidup kau tahu? syok gila rupanya jadi pendek ni, ingatkan tak syok.


nak jugak amik gambar depan cermin. gedik gila.


yang ini pun gedik jugak (weh apesal semua gambar gedik ni oi?)


kemudian bila masuk next exhibit tiba-tiba ada T-REX muka bengis menyanyi. annoying nak mampos. dahla suara tak sedap, rupa buruk pulak tu. like, SERIOUSLY MAN. BARNEY CAN DO IT WAYYYY BETTER AND CUTER THAN YOU. 



yang ni best. kau pergi duduk atas bench tu lepastu tekan dia punya button, nak skala ritcher berapa, bergoyang abes kau punye badan. free-free je buat dangdut dekat situ dalam keadaan duduk kan. 


haaa tengok, kan aku dah kata tempat ni untuk budak-budak aje. berebut semua nak main game. hampagas betul. nasib baik aku tak ikut berebut skali. kalau tak... memang tak merasa ahh diorang. takde chance punye wa cakap sama lu ohh..


lepastu naik helicopter simulator. 



dekat dalam simulator. yang lawak gilanye, aku naik dengan satu family nih. bapak dia bawak anak kecik-kecik dalam simulator lepastu cakap, okeyy duduk diam diam ye, duduk diam-diam pakai tali keselamatan blah blah blah. aku pun diam skali lah dekat belakang =_=' 


ni dekat section pelantar minyak


yang perempuan tu kalau korang pakai skirt ke, baju kurung ke, jangan pegi naik dekat atas ni pulak. karang orang dekat bawah mengintai spender kau kaler ape. bahaya ohh. zaman sekarang bukan boleh buat main-main.


yang ni kabin pekerja.


ok kesian. sebab datang sorang, maka kalau nak ambik gambar terpaksa gunakan tangan sendiri untuk snap. dan kebetulan tangan sendiri takdelah panjang sangat maka macam gini ajelah jadinye... hmm... bestnya kalau boleh bawak adik-adik kandung datang sini...


anyway, NEXT DESTINATION will be: BALAI SENI


bye, salam~


11 comments:

Yong Sofea said...

fuyo seronoknya! dah lama tak datang petrosains. hehe

mcjust.lol said...

aku pernah pegi masa djh 6 dulu. tempat ni memang tak berubah ye, dgn kerusi bergegar, dinosaur, helikopter. huuuu.. teringat balik kenangan zaman dulu. ;)

WZulhilmi said...

wah2!!! aku pun pernah pegi gak!! Masa sekolah menengah dulu.. kecoh berlari2 smua jakon tak pernah jumpa alat2 kat situ.. hahaha

nasib baik akak tu charge untuk youth.. kalau dia charge ko utuk child.. lagi haru.. hahahah.. tak pasal2 dihina secara tak langsung.. =P

cEro said...

aku nama je duk KL, tak penah menjenguk pon tempat camni...
petrosains ek?? hm, nak pegi laa nanti...
hahaha

Encik Tikus said...

wakakaka. muka budak2 ;P

ProfHariz said...

Petrosains? last pergi time tahun form3..
hehehe
ala kenapa dapat youth? bukan adult ke? heheheh

~Dr.CiNta~ said...

waha, kakak tomey cam kanak2 skolah, hee, sebab tu dpt tiket murooh, =) dah bnyk kali pegi petrosc ni, mmg best~ =)

sop said...

ari tu bawa ank gi melawat sini mmg dorang seronok :)

uncle said...

lain kali bawak lah uncle sekali muahhahahah !!!

Nizam Limited said...

wahh..petrosains..tempat tu best..
bila mau pg lagi? hehe..

Mr. Moque said...

x penah pun masuk dlm tu..cme berdiri depan pintu masuk dia n berkira2 membilan jari..nak masuk ke x..arh, persetankan lalu terus pegi tgk wayang..

gmbo no.4 tu smart.. :)

DISABLE