10 August 2010

Mughallazah yang Cilakak




aku rasa macam tak puas hatilah kalau tak share story semalam dekat korang. macam tidak sedap duduk, tau? suka atau tidak, MARI MULAKAN !



Isnin semalam, habis kelas pukul 5 petang. agak lewat jugaklah. tiba-tiba, (eh eh baru intro dah ada tiba tiba?) aku dengan member aku si Yana telah membuat kata sepakat untuk pergi Pasar Malam dekat Sri Serdang. bajet dah fedap dengan makanan foodcourt jadi hendaklah rasa makanan dekat luar pulak kan. kitorang takde transport tau, *sila merasa kasihan* dan Pasar Malam tu pulak dalam 5km camtuh, so kitorang sewa basikal. GIGIH.




lepas solat Asar & tukar pakaian cepat-cepat, dalam pukul 615 petang kitorang mulalah mengayuhnya. siap backpack atas belakang takbuleh belah betul. nak pergi Pasar Malam tu kena ikut jalan besar yang MasyaAllah, SIBUK! dengan moto lajunye, lorinye, keretanya, kontenanye. macam menempah maut gilalah bawak basikal dalam traffic busy macamtu kan. FUH.

tapi Alhamdulillah kitorang selamat sampai. :) Pasar Malam terlalu ramai orang owh ! ni first time kitorang sampai sini, macam jakun sangatla. tengok semua benda, semua nak. Ayam Golek. Roti Pita. Air Pelbagai Kaler. dekat foodcout UPM takdek jual kot benda-benda gini? pusing punya pusing kitorang belilah Kebab Ayam, Yong Tu Foo, Keropok, dengan Pizza. itu aje.




tup tup terjumpa pulak dengan budak kelas dua orang, Zainab dan Gayah. (bukan nama sebenar) masa tu kitorang buat keputusan samada pergi menyapa mereka EH, KORANG BELI APA? atau MENYOROK SAJE. sebab kitorang takmau tanggung risiko so kitorang pilih untuk menyorok. terus mencicit lari dalam kedai jual baju. tahu takut? mane taknye… diorang datang naik moto kot. AISEYMAN MALU GILA WEH KALAU ORANG TAHU PEGI PASAR MALAM NAIK BESKAL SEWA RM1. nasib baik berjaya menyorok, Zainab dengan Gayah tak nampak pun kitorang. HAHAHA.




dalam pukul 745 barulah nak bertolak balik. siap kunci basikal dekat pokok, doe! sebab dah Maghrib so kitorang bajet singgah solat dekat Masjid UPM. masa tu memang gelap-gelap dahla. risau jugak. dalam 1 kilometer mengayuh, kitorang lalu satu tempat yang takde lampu. dekat bahu jalan  tu berumput. aku perasan ada menatang anjing dua ekor. tak sure anjing liar atau anjing belaan, jenis bloodhound kot? badan dia sedap-sedap jugakla. separuh badan aku. SEKOR OREN, SEKOR HITAM. aku melintas ia macam biasa jelah kan. mana nak expect ape-ape?

sekali, diorang diahaiwan kejar, kau !

aku perasan dua-dua kejar member aku si Yana dulu, sebab dia mengayuh dekat belakang aku. lepastu Yana pecut pergi depan. aku tinggal dekat belakang sikit, dua-dua ekor kejar aku pulak kiri kanan basikal. LAHABAUUU ! seram gila weh. sampai mana ia nak kejar kitorang??? kejar tu satu hal, lepastu menyalak tak brenti-brenti macam mulut tu, nak kena suap dengan MOP LANTAI, kau tau tak? lepastu aku dengar Yana jerit, “SYIRA KAYUH SYIRA, KAYUH!” aku pun apelagi, ibarat mendapat suatu kekuatan terus sprint macam garisan penamat 50 meter kat depan.


oh aku jamin, mereka tidak segebu ini. sebaliknya 50 KALI GANDA LAGI BENGIS, gigi lagi tajam. lepastu lidah terjelir-jelir macam sepuluh tahun tak minum air. yang ini, mulut pun tak nampak celah mana.


masa kena kejar tu aku tak pikir apa-apa pun. aku kayuh je laju-laju. kudrat empat kerat aku ni pakai FULL kot? tapi pakai gear 2. cerdik betul. HAHAHA. cuba bayangkan orang yang kecik dan pendek macam aku mengayuh basikal besar, bapak la laju dengan dua ekor hanjeng tengah menyalak auk auk auk kiri-kanan, macam SARKIS kan? OK takpayahla imagine. buat malu aku je. -_-‘ dekat jalan kitorang memang takde kereta, gelap je tapi dekat jalan bertentangan, agak jem jugakla. OMAIGOD cuba ada sape-sape dalam kereta dekat jalan seberang nampak, MALU GILAAAA! nak-nak diorang rakam video hantar dekat Funniest Home Video ke kan, PERGH komfem menang seratus ribu punyelah.




lepas 200meter camtuh makhluk-makhluk bajingan tu tak kejar dah. maybe sebab ada kereta kat belakang, ada lampu so ia tak berani. lemah tenaga batin, mungkin? aku dengar, spesies anjing mempunyai tahap tenaga batin yang rendah? *ceh pepandai pandai je reka cerita, taula berdendam kan* lepas dah jauh sket daripada tempat tu barulah aku jadi berdebar macam nak pecah jantung ni ha, lutut jadi ketar-ketar lepastu jari yang pegang handle semua jadi seram sejuk.




kemudian dalam pukul lapan camtu kitorang masuk area Fakulti Engineering UPM, rasa lega sket dah. dekat-dekat nak belok masjid UPM tu (cuak dengan anjing belum habis lagi), tiba-tiba adelah suara-suara memanggil “SYIRAAA! YANAAA!” 

Oh. Zainab dan Gayah tadi rupanya. -_-'

diorang menjerit daripada moto. demmm! diorang nampak kitorang bawak basikal ! pergi kelas besok komfem kena menganjing ngan diorang. anjing lagi. fedap dah aku dengar nama anjing, PAHAM?





sampai masjid, solat Maghrib semua. siap sujud syukur dengan baca yasin segala. sebab terselamat daripada maut, ibarat mati hidup semula. cuba dibuatnye anjing tu gigit kaki aku masa tengah mengayuh, lepastu basikal terbalik, aku kena gigit gigit sampai lebam. konon nasib baik, tak mati. konon la. bawak pergi Hospital Serdang masuk ICU. nanti sedara mara tanya, apesal Nurul masuk hospital? “KENA GIGIT DENGAN ANJING...” cehhh tak glemer langsung masuk hospital dekat-dekat bulan puasa ni sebab kena gigit dengan najis mughallazah. 





ps: lutut aku lenguhla mengayuh. macam lembik, ada tak sesiapa yang sama jantina dengan aku yang buat khidmat mengurut?



9 comments:

F.I.C.K.R.Y said...



Hakhakhakk... tak cukop tanah weyh aku tergelak bace hang!

Kalo hang kena gigit konform kene samak dengan ayaq tanah!

Kesian ekk lutut hang lenguh..
Meh Pak Ngah tolong urutkan kehkehkehh...

Syira ITIK KEJ♥M said...

@fickry: heh. geram gila aku dengan hanjeng-henjeng tuh semalam tau! tak pepasal nak kejar-kejar orang. bawah pengaruh daun ketum ke ape?

-telordibasuh- said...

hehe asal c baling telor je jat hanjeng tu hehe

ala hanjeng tu suh exercise tu heehe..

hentakbelipat said...

kehkehkeh..pengalamn tuh..patut sedas la peyepak kat dahi anjing tu

wanie said...

waaaaaa..ksiannye kooo syira! T___T mgkn anjing2 tu nk kebab ayam ko tuuu..lain kali, sorok sikit bau kebab aym tu ye..kikikih

Kasih nur azie said...

syira oi. len kali klw kena kejar dgn anjing, jgn lari. kejar la dia haiwan tuh blik sambil bace ayat tabbat yada! yenadeyyy

nyna said...

ahahahaha.
kelakar weh.tp kesian kamu.
dapat bygkan keadaan syira mse tu.
huhu

WZulhilmi said...

bersemangat waja betul pegi pasar malam naik basikal.. aku rasa anjing tu kejo ko sbb bau makanan psr mlm tu kot???

crazy_labelle said...

kalau xsilap la... nak elakkan drp jd mangsa anjing, kita kene jd lg brani dr anjing tu... baling batu ke ape ke etc...

DISABLE