11 August 2010

Macam Kaki Jibon


aku takmau menipu pembaca. lagi-lagi masa bulan puasa. mari sini aku hendak mengaku. sebenarnya, aku seorang yang sangat selebeh dalam berpakaian. aku paling tak suka benda yang leceh-leceh.




kebanyakan baju kurung aku, jenis kain yang tak perlu hendak iron banyak-banyak kali. iron sekali, sudah boleh pakai setahun. HAHAHA. hebat kan? bukan sahaja boleh menjimatkan tenaga malah boleh menjimatkan kos elektrik lagi :) :) 






bab tudung pulak, aku memang tak pandai nak melawa belit sana belit sini. nak-nak tudung bawal. selalu sememeh. aku jeles betul dengan perempaun yang boleh pakai tudung bawal dengan sangat kemas. nak je tanya, MACAM MANA ANDA MELAKUKANNYA? SAYA SEJAK SEKOLAH RENDAH LAGI FAIL BAB TUDUNG BAWAL nih. so kadang-kadang aku sibai je terus. 


sekarang, bolehlah ucapkan TERIMA KASIH kepada Tudung Indon, atau nak sedap sikit Tudung Ikin. sarung aje, dah siap! terus boleh pergi bergembira dengan rakan-rakan. 






itu baru bab tudung. belum lagi masuk chapter mekap, beg, dengan selipar kaki. mekap tu memang aku tak layan sangatlah. bajet je beli liquid eyeliner konon nak buat efek cat's eye. sekali... kau tahu tak mendalah tu jadi apa sekarang? PERMANENT MARKER. okayyy bolehla tepuk tangan laju-laju atas usaha yang sangat kreatif itu. aku taram bedak serbuk dengan lip balm je hari-hari. sadis betul. tapi ok la, haritu pergi Guardian ada promotion silkygirl 20% maka belilah lipgloss sebatang. huyyoh dah pandai pakai lipgloss sekarang? DAH MAJUUU OHH





oh ya. satu lagi. bab selipar kaki. aku ada 2-3 pasang heels, jenis strap yang kalau hendak pakai, kena duduk dekat bangku dan ikat dia punya tali kemas-kemas. KAU TAHU TAK PUNYELAH LECEH NAK MENGIKAT-NGIKAT PULAKDAH? itulah. dulu degil hendak beli. asal nampak cantik, terus beli. kononnya hendak masuk geng ladies. sekarang? KASUT CROCS 20 HINGGIT TU JUGAKKK YANG KAU PAKAI ! walaupun, setiapkali berjalan dekat lantai terpaksa cover, takboleh jalan laju-laju sebab risau nanti licin dan jatuh. dia punye tapak dah hausss kot? 

dan satu lagi, kau tahulah cuaca sekarang. PANASSS JE MANJANG. aku tak pakai stokin. separuh kaki dekat atas tertutup, separuh kaki dekat bawah terdedah matahari.


KAU RASA, LAMA-LAMA KAKI AKU JADI MACAM MANA?





JADI MACAM KAKI JIBON.





ps: selamat berbuka puasa. bye-bye.


9 comments:

Shiqa Nawar said...

sgt kiut kaki jebon itu

May Maisarah said...

aihh syira ni...xpe2..belajar slow2 jd dewasa.dulu orang pon camtu gak.xreti lgsung nk gorjes2 ayu2 seme ni..skrg ni jer agak sopan dan terserlah kewanitaan tuh.(eh.eh terperasaan di situ)...hikhik...let it grows with time..;p

Zinedine Zaiddin said...

HAHAHAHA..kesiannya dia..!

Kena belajar mekap gak ni..x banyak pun sikit la. Tapi bagus jugak, xde la asik melaram depan laki bukan muhrim. :)



Entri Pertama Bulan Ramadhan

WZulhilmi said...

Setuju dgn ckp cik May... biasalah tu.. lps ni ko bila umo dh meningkat.. ko dh tak pnadang dh tudung2 bawal nih.. hahaha

ddYanie said...

hahaha..sgt xmenyesal bc entry ini...lwk kot..:D

My MiRa said...

hehe kita serupa la itik kejam!!!opppss....cilap...heehehe....
gurau aje.....mira pon same malas iron baju hik3...tapi mira suke la pakai selendang lilit2 ni...yang tu kita tk serupa....then mira tk suka pakai crock..mira suka pakai seliper ladies2 je...hehe

No name said...

sama lar dengan saya, baju memang beli tak payah iron, walaupun pergi ofis.. kasut main pakai flat jer..
bangun pagi mandi.. letak cream terus g keje.. kalu rajin dlm keta curi2 tabur bedak kalu malas natural beuty smpai ptg lar.. hahahha.. toing toing toing..

Rain said...

hahah guling2 duh bc ur n3~

slow2 nnt akan jd gurly punyer. trust me.. especially when u have sumone special, u will always want to look good n gorgeous!

but now, l luv ur stail, simply and spontan. outspoken!

Syahira Mansor said...

@cik shiqa: HAHA. carilah sekor untuk dipamerkan di zoo. :D

@may: macm tu eh? hmmm bilalah nak grow... masalhnya tinggi dah static sini dah. hahaha

@zinedine zidane: yahhh betol2

@wzul: aku harap lambat sikit la umo aku nak meningkat. macam malas la pulak nak jadi tue.........

@ddyanie: mekaseh!

@mira: ajorle pakai selendang yg lilit2 tu pls......

@lizzie: bedak taboq best kann? :)

@rainbow: uuuuu bile nak jumpe dengan someone special itu? ngehehehe *gelak gatal*

Daisypath Happy Birthday tickers

DISABLE